awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
19/11/2017
08:37 MYT
Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran
NOH berkata kerajaan akan melaksanakan kempen kesedaran kepentingan sistem penggera pengesan asap di kediaman. - Gambar fail
Kesedaran mengenai sistem penggera pengesan asap yang diyakini boleh mengesan kejadian kebakaran dengan pantas dalam kalangan rakyat masih berada pada amat rendah.
Sehubungan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, kementeriannya akan mengadakan kempen kesedaran mengenai perkara itu di seluruh negara bagi memastikan kes kebakaran melibatkan rumah dapat dikurangkan.
"Kita memang dah berbincang di peringkat kementerian mengenai sistem penggera pengesan asap ini, kita lihat ia merupakan satu alat penting untuk mencegah kebakaran.
"Kita akan menggalakkan orang ramai memasang sistem ini dengan melakukan kempen namun ianya bukanlah satu peraturan atau wajib buat masa ini," katanya pada satu sidang media pada Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia, di Hutan Melintang pada Ahad.
Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah pun mewajibkan setiap kediaman yang akan dibina oleh pemaju dilengkapi alat pemadam api melalui Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL).
Namun katanya, masih terdapat beberapa buah negeri yang belum mewartakan undang-undang berkenaan justeru pelaksanaanya tidak dapat dijalankan di negeri-negeri terlibat.
"Undang-undang ini hanya dikenakan ke atas semua projek perumahan di negeri-negeri yang mewartakannya sahaja yang mana pemasangan alat pemadam api untuk mecegah kebakaran adalah diwajibkan.
"Untuk negeri-negeri yang belum mewartakannya, mereka tidak wajib menyediakan alat tersebut tetapi melalui satu mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru-baru ini, saya telah minta mereka segera melaksanakannya," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#API
#kebakaran
#kerajaan
#kes kebakaran
#Kesedaran
#KPKT
#Noh Omar
#pengesan asap
#penggera pengesan asap
#rakyat
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan