PUTRAJAYA:Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Begitupun, beliau tidak memberitahu tarikh tepat dan hanya memberi bayangan akan mengumumkannya sebelum Krismas.
“Tarif elektrik kita akan umumkan dalam minggu ini...minggu ini. Tunggu,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), di sini, pada Isnin.
Tambah beliau, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebelum ini dalam usaha untuk membantu mengurangkan bil elektrik rakyat.
"Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun elektrik telah dinikmati 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung dengan peruntukan RM1.9 bilion," ujarnya.
Pengumuman tarif baru itu pasti ditunggu-tunggu rakyat yang pastinya berharap kadar tidak meningkat berikutan ramai terjejas akibat COVID-19.
Pada Jun lepas, kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik kekal tanpa sebarang surcaj bagi tempoh 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.
Justeru, kadar surcaj sebanyak dua sen/kilowatt-jam (kWj) diturunkan kepada 0 sen/kWj untuk pengguna bukan domestik, iaitu pengguna komersial dan industri.
Ridauddin Daud
Mon Dec 21 2020

Kerajaan akan mengumumkan tarif elektrik untuk 2021 dalam minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. -Astro AWANI

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

Vaksinasi COVID-19 | Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, boleh menarik nafas lega apabila sah akan menerima suntikan vaksin COVID-19 Isnin depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka menerima suntikan dos pertama COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya.

COVID-19 | 4 kawasan di Sabah, Pahang dikenakan PKPD
Sementara itu empat lagi kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sabah dan tiga di Pahang. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kawasan terbabit ialah Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud Serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin.

Bazar Ramadan | Muhyiddin ingatkan pengunjung patuh SOP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan COVID-19. Pesan Perdana Menteri, keadaan COVID-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

Buang Bayi | Bayi ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru malam Selasa. Bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang bertugas di lobi hospital berkenaan pada jam 8.45 malam.

CEO Toshiba, Nobuaki Kurumatani umum letak jawatan
Kedudukannya itu akan digantikan Satoshi Tsunakawa, yang dilihat lebih meyakinkan dan mempunyai hubungan lebih baik dengan kalangan pelabur.

Kerajaan bakal umum tarif baharu elektrik minggu ini
Beliau tidak memberitahu tarikh tepat dan hanya memberi bayangan akan mengumumkannya sebelum Krismas.

Tarif elektrik: Tiba masa kaji semula tarif elektrik bagi masa depan yang mampan?
Beberapa perbincangan telah diketengahkan dalam media sejak kebelakangan ini mengenai tarif elektrik dan bagaimana pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot.

Kerajaan kaji cadangan seragam tarif elektrik bangunan sekolah, kerajaan
Ketika ini, kadar elektrik ditentukan setiap tiga tahun dengan kadar di Semenanjung Malaysia menggunakan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).

Tiada kenaikan tarif elektrik bagi agenda kecekapan tenaga - Yeo
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam usahanya memacu agenda kecekapan tenaga.

Kerajaan beri tanah, bina jalan bantu penduduk program penempatan semula Bakun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga meluluskan peruntukan RM9 juta bagi membina jalan-jalan ladang di kawasan berkenaan, khusus untuk kemudahan mereka.

Abang Johari janji terus ringankan beban kos sara hidup rakyat
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri ini.

Kadar tarif elektrik dikekalkan untuk tiga tahun
Kadar tarik elektrik semasa di Semananjung dikekalkan untuk tempoh tiga tahun manakala di Sabah dan Labuan sehingga Jun 2018.

Pengambilalihan syarikat IPP oleh 1MDB tidak sebabkan kenaikan tarif
Beliau berkata, malah, pengambilalihan itu membolehkan kerajaan menjimatkan berjuta-juta ringgit daripada segi kos.

Berita tarif elektrik terpaksa dinaikkan adalah palsu - KeTTHA
Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, dalam kenyataan hari ini, berkata berita tersebut adalah tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.

Tarif elektrik dikenakan ikut kos sebenar yang telus, sistematik - Suruhanjaya Tenaga
Tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah berdasarkan kos sebenar yang telus dan sistematik, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST) .