awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belanja RM3 bilion untuk pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal - Nga Kor Ming

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2024
07:08 MYT
Kerajaan belanja RM3 bilion untuk pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal - Nga Kor Ming
Nga Kor Ming ketika merasmikan Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day 2024. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan terpaksa berbelanja kira-kira RM3 bilion untuk pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Malaysia terpaksa berbelanja kira-kira RM3 bilion untuk pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal.
  • Tahun depan, rakyat Malaysia dijangka akan menjana 14.5 juta metrik tan sampah setiap tahun.
  • Rang undang-undang bagi memperkenalkan hukuman khidmat sosial kepada pesalah berulang yang membuang sampah secara tidak bertanggungjawab akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara bulan depan sebelum dibentang ke Parlimen.

Menurutnya, jumlah itu termasuk bagi negeri-negeri yang belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
"Tahun depan rakyat Malaysia dijangka akan menjana 14.5 juta metrik tan sampah setiap tahun.
"Bayangkan berapa berapa banyaknya sampah sekiranya kita tidak uruskan dengan baik. Ia akan menggugat kesihatan awam, menjejaskan imej negara, malah ia akan menjatuhkan indeks kebahagian rakyat di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Cuci Malaysia: Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day 2024 di sini, pada Sabtu.
Hari Cuci Malaysia merupakan anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut mendapat kerjasama strategik daripada Perbadanan PR1MA Malaysia dan Malakoff Corporation Berhad menerusi Alam Flora Sdn.Bhd.
Program gotong-royong dan pembersihan mega itu dilaksanakan di 649 lokasi seluruh negara yang melibatkan pelbagai peringkat.
Sementara itu, Kor Ming ketika berucap memberitahu, rang undang-undang bagi memperkenal hukuman khidmat sosial kepada pesalah berulang bagi menangani isu pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara bulan depan untuk diteliti sebelum dibentang ke Parlimen.
"Kita ketika ini sedang dalam peringkat akhir menyiapkan rang undang-undang itu bagi memperkenal hukuman khidmat sosial terhadap orang ramai yang didapati bersalah kerana membuang sampah sebarangan.
"Mulai tahun depan selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan di Parlimen, siapa-siapa buang sampah dengan mengulangi kesalahan akan dijemput untuk sapu jalan, cuci longkang, cuci tandas sebagai khidmat sosial.
"Apabila ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM bagi t-shirt oren, bila tahun depan buang sampah, KPKT akan bagi t-shirt istimewa, tetapi bukan masuk longkap tapi akan jemput dia sama-sana turut bantu pekerja.
"Pasukan TikTok KPKT akan buat publisiti percuma untuk ulat-ulat sampah," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#Nga Kor Ming
#Hari cuci malaysia
#pesalah sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan