awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belanja RM5.6 juta bina rumah Orang Asli di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/04/2018
01:24 MYT
Kerajaan belanja RM5.6 juta bina rumah Orang Asli di Kelantan
Setiap unit rumah PPRT yang dibina untuk keluarga orang asli dianggarkan bernilai RM56,000 - Foto Astro AWANI
Kerajaan Pusat membelanjakan RM5.6 juta bagi pembinaan 100 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff memaklumkan projek berkenaan dilaksanakan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan taraf hidup Orang Asli di kawasan pedalaman.
Katanya, pelaksanaan projek itu akan diselenggarakan secara berperingkat oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di lebih 10 pos Orang Asli.
"Kita harap pembinaan rumah ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di sini agar tinggal lebih selesa bersama keluarga masing-masing.
"Apabila rumah sudah selesa mereka boleh menumpukan kepada (meningkatkan) pendapatan keluarga. Kita berharap mereka yang menerima bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat," jelas Abdul Aziz yang ditemui selepas meninjau projek pembinaan rumah PPRT berkenaan.
Menurut Ab. Aziz, projek rumah itu sedang dalam pembinaan dan kini 90 peratus siap.
Setiap unit rumah PPRT yang dibina dianggarkan bernilai RM56,000.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#isu semasa
#Kelantan
#kerajaan
#Orang Asli
#pprt
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan