Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan ayam dari Brazil, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Chik.
Katanya ini kerana 21 loji yang dikatakan terlibat dalam penipuan daging tersebut tidak termasuk dalam senarai kilang yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Kita memantau rapat berhubung perkara ini dan mengikuti perkembangan negara lain juga untuk dijadikan sebagai panduan kerana jenamanya telah rosak.
"Sama ada teruskan atau tidak pengambilan bahan tersebut kita akan putuskan kemudian. Sehingga sekarang jumlah import dari Brazil tidak banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program eUsahawan dan eRezeki di Institut Kemahiran Belia Negara di sini, hari ini.
Semalam, JPV mengesahkan daging lembu dan ayam yang diimport dari Brazil tiada kaitan dengan 21 kilang pemprosesan yang terbabit dalam skandal daging di negara itu.
JPV juga memaklumkan kualiti daging yang dibawa masuk dari Brazil adalah selamat.
Sementara itu mengenai eUsahawan, Shabery berkata bagi berdepan dengan kehendak pasaran, peniaga perlu lebih kreatif memaparkan produk di laman sosial yang boleh dijadikan landasan untuk mengembangkan pasaran.
Katanya program yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia itu berjaya memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada peniaga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2017
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan ayam dari Brazil. -Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kerajaan belum sekat import daging Brazil - Ahmad Shabery
Ini kerana 21 loji yang dikatakan terlibat dalam penipuan daging tersebut tidak termasuk dalam senarai kilang yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).