Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh asing dari negara lain sekiranya Myanmar melarang pekerjanya ke negara ini susulan bantahan terhadap penindasan kaum minoriti Islam Rohingya di negara itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, bagaimanapun, berkata pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berkenaan larangan tersebut.
Semalam, Kementerian Imigresen Myan-mar, dalam kenyataan, mengumumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran lesen kepada rak-yatnya yang mahu bekerja di Malaysia.
Beliau berkata sekiranya Myanmar mengenakan larangan itu, maka Malaysia boleh mendapatkan bekalan pekerja asing dari negara lain termasuk dari Bangladesh dan Kemboja.
"Malah kita telah menandatangani persefahaman baru-baru ini dengan kerajaan Kemboja bagi pembekalan tenaga buruh di Malaysia," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2016, di sini malam ini.
Namun, Riot berkata larangan yang akan membabitkan lebih 100,000 pekerja Myanmar terutamanya dalam sektor pembuatan itu tidak seharusnya dilakukan demi mengelakkan hubungan serantau ASEAN terjejas.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Myanmar itu berikutan tindakan tegas Kuala Lumpur yang mahu kerajaan negara itu dihukum kerana melakukan penindasan terhadap penduduk Islam Rohingya.
Terdahulu, beliau melancarkan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk industri kecil dan sederhana (IKS) 2016-2020 bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam sektor tersebut.
Riot berkata pelan strategik itu merupakan langkah tambahan menyokong pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2020 bagi menerapkan budaya pencegahan kemalangan di tempat kerja dalam kalangan IKS.
Katanya, statistik menunjukkan IKS merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada kadar kemalangan industri yang tinggi, sekali gus menyebabkan insiden maut dan hilang upaya kekal di negara ini.
"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah dan akan mengambil pelbagai inisiatif khas bagi membantu sektor IKS untuk meningkatkan tahap pemahaman dan pematuhan kepada keperluan KKP seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di sektor IKS," katanya.
Beliau berkata hasil komitmen dan usahasama antara kerajaan, majikan dan pekerja telah berjaya menurunkan kadar kemalangan yang ketara di tempat kerja dalam tempoh 10 tahun sejak 2005.
Katanya, kadar kemalangan di tempat kerja adalah purata 2.81 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015 yang menurun sebanyak 46 peratus berbanding 5.16 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2015.
"Kadar kemalangan maut pula menurun sebanyak 30 peratus kepada 4.84 bagi 100,000 pekerja pada 2015 berbanding 6.93 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2005," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
Datuk Seri Richard Riot berkata pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan Myanmar berkenaan larangan tersebut. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.
Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.
Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.