awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum tumpu industri kereta terbang - Wan Junaidi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/08/2020
05:31 MYT
Kerajaan belum tumpu industri kereta terbang - Wan Junaidi
Apa yang menjadi keutamaan pihak kementerian adalah untuk melaksanakan program Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi usahawan yang terjejas terus dibantu dalam meneruskan perniagaan mereka akibat terjejas ekoran COVID-19. - Gambar fail
Kerajaan masih belum memberikan tumpuan kepada industri kereta terbang atau lebih dikenali sebagai ‘super drone’.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya buat masa ini sedang memberi tumpuan terhadap pembangunan perusahaan PKS, mikro dan koperasi terutamanya yang terkesan akibat COVID-19.
“Hal ini amat penting kerana kesan penularan wabak COVID-19 terhapdap usahawan tempatan perlu ditangani dengan lebih agresif dengan sumber kewangan dan kepakaran yang ada pada kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli berhubung usaha kerajaan berkaitan pembangunan kereta terbang di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam penjelasan beliau, Wan Junaidi turut memaklumkan buat masa ini pembangunan industri kereta terbang ini diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta .
“Projek melibatkan kereta terbang tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan namun MEDAC berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan PKS tempatan dalam industri ini yang fokus kepada perkhidmatan dron atau 'super drone',” katanya lagi.
Bagaimanapun pihaknya menyedari berhubung peluang terhadap industri itu yang berpotensi membuka peluang kepada satu bidang keusahawanan baharu yang mampu dikomersialkan.
Namun apa yang menjadi keutamaan pihak kementerian adalah untuk melaksanakan program Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi memastikan golongan usahawan yang terjejas terus dibantu dalam meneruskan perniagaan mereka akibat terjejas ekoran COVID-19.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#kereta
#kereta terbang
#Medac
#Parlimen
#PKS
#usahawan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan