PUTRAJAYA:Kerajaan membuat keputusan membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan ke luar negara atas urusan rasmi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, sekembali ke tanah air, pemimpin-pemimpin dan delegasi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari tanpa sebarang pengecualian.
“Kita (kerajaan) setuju pemimpin-pemimpin boleh ada rundingan dan urusan rasmi di luar negara dalam keadaan-keadaan tertentu kerana sebab-sebab khusus untuk kepentingan negara.
“Persetujuan itu bagaimanapun dengan syarat, bila pemimpin-pemimpin kita pulang, mereka perlu dikuarantin 14 hari. Tiada pengecualian (kuarantin) kepada sesiapa,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Sabtu.
Sementara itu, Ismail Sabri juga memaklumkan, kerajaan turut membenarkan kehadiran pemimpin-pemimpin dari negara luar atas urusan rasmi atau rundingan.
Bagaimanapun, delegasi luar juga, tegas Ismail Sabri, tidak ketinggalan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Antara SOP yang digariskan beliau ialah, kunjungan delegasi luar yang dibenarkan hanyalah kepada pemimpin bertaraf menteri ke atas sahaja atas urusan rasmi.
Kesemua delegasi itu juga, katanya, perlu menjalani ujian COVID-19 (swab test) tiga hari sebelum kedatangan mereka.
“Sampai sahaja di lapangan terbang, mereka sekali lagi perlu menjalani swab test sebelum dibawa ke tempat penginapan.
“Kalau mereka datang atas urusan mesyuarat, habis sahaja mesyuarat mereka perlu terus balik ke negara mereka,” jelas Ismail Sabri lagi.
Delegasi luar yang ingin berkunjung ke Malaysia juga, kata Ismail Sabri, hanya dibenarkan menaiki pesawat yang disewa khas dan bukannya melalui penerbangan komersial.
Astro Awani
Sat Oct 03 2020
Menurut Ismail Sabri, tiada pengecualian kepada mana-mana pihak terhadap keperluan kuarantin wajib 14 hari seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.