awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksanakan semula GST - CAPS

Israr Khalid
Israr Khalid
10/06/2022
01:00 MYT
Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksanakan semula GST - CAPS
GST: Perlu atau tidak, sekarang atau nanti?
KUALA LUMPUR: Kegagalan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 2015-2018 untuk benar-benar mencapai matlamatnya menyebabkan majoriti rakyat kecewa kerana taraf hidup mereka tidak bertambah baik sepertimana dijanjikan.
Kata Timbalan Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS), Datuk A. Nagaraju, lantas apabila baru-baru ini kerajaan umum untuk mempertimbangkan pelaksanaannya semula, ia menerima reaksi yang pelbagai.
“Bila dikatakan GST akan turunkan harga, itu propaganda yang dibuat tapi tidak dilaksanakan sebaiknya, kesannya kepada seluruh sistem ekonomi kita sekarang.
“Kita tahu dalam keadaan sekarang (kerajaan) ada perang psikologi dengan rakyat, sama ada mahu terima atau tidak terima,” katanya.
Maka seandainya kerajaan benar-benar yakin dan tekad mahu melaksanakan semula sistem percukaian tersebut, perlu ada satu mekanisme yang benar-benar dapat membantu rakyat khususnya golongan yang terdesak dan paling memerlukan.
Ia bagi memastikan kesilapan yang dilakukan semasa pelaksanaan GST 1.0 tidak berulang dan manfaatnya sampai ke tangan setiap kumpulan sasar.
“Sama ada kerajaan mahu kutip duit (daripada GST) dan bagi banyak kepada B40, bermakna poket mereka sudah kosong tapi diisi balik dengan subsidi.
“Kalau ia berbentuk wang, rakyat pun (sekurang-kurangnya) rasa sedikit selesa, dia potong kemudian dapat balik,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop. Tonton sesi penuh di sini:
Kerajaan berdepan perang psikologi dengan rakyat untuk laksana semula GST - CAPS
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#GST
#taraf hidup
#A Nagaraju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan