awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi

Bernama
Bernama
18/12/2023
10:59 MYT
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada MCMC bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.
"Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.
"Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan," katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan televisyen berasaskan langganan, 'OK Vision' di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata dalam perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif CelcomDigi Bhd baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan semakan semula harga pakejnya.
"Dalam pakej baharunya, ia telah menghapuskan bayaran tambahan. Ini yang wakil daripada CelcomDigi beritahu kepada saya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#telco
#5G
#bayaran tambahan
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan