awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri jaminan sekolah vernakular tidak akan ditutup

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/12/2025
07:15 MYT
Kerajaan beri jaminan sekolah vernakular tidak akan ditutup
Fadhlina (tengah) melakukan gimik perasmian pada Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) di SJKT Vivekenanda, Brickfields. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan menegaskan tiada sekolah vernakular, termasuk SJKT, akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, disebabkan kedudukan sekolah tersebut telah termaktub jelas dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Menteri Fadhlina Sidek memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup mana-mana SJKT, menegaskan komitmen Kementerian dalam mempercepatkan penyelesaian lima SJKT yang memerlukan pembangunan semula segera.
  • Penyelesaian isu tertangguh seperti pembinaan SJKT Sungai Bakap dan SJKT Ladang Jeram ditekankan oleh Fadhlina untuk memastikan murid-murid mendapat akses pendidikan yang berkualiti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kedudukan sekolah vernakular telah termaktub dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1996, justeru pengiktirafan itu tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan.
"Sejak awal saya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, saya sudah maklumkan bahawa pengiktirafan sekolah vernakular berada di bawah Akta Pendidikan. Saya dan Timbalan Menteri ( Wong Kah Woh) mempertahankannya kerana ia telah pun disebut dalam akta tersebut," katanya.
"Kadang-kadang ada cerita tular bahawa sekolah Tamil akan ditutup. Di hadapan Datuk Seri Ramanan, di hadapan tuan-tuan dan puan-puan, saya beri jaminan bahawa kerajaan ini tidak akan menutup mana-mana SJKT. Kalau ada berita meragukan, semak dengan kami dulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada 387 SJKT seluruh negara di SJK (T) Vivekananda, Brickfields, di sini, pada Selasa.
Selain itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata Kementerian Pendidikan komited mempercepatkan penyelesaian lima SJKT yang memerlukan pembangunan semula segera, termasuk SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang dan SJKT Ladang Jeram, Pahang.
Beliau menegaskan isu-isu lama yang tertangguh bertahun-tahun perlu diselesaikan agar murid-murid mendapat kemudahan pendidikan yang selayaknya.
Projek pembinaan SJKT Sungai Bakap tertangguh sejak 2015. Walaupun Kerajaan Persekutuan ketika itu menyalurkan RM3.5 juta, tanggungjawab untuk mendapatkan dana tambahan diserahkan kepada pihak sekolah dan sumbangan awam, menyebabkan projek tidak dapat diteruskan.
Keadaan lebih mendesak di SJKT Ladang Jeram, apabila murid-murid terpaksa belajar di dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik darjah.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jaminan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan terhadap sekolah vernakular di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI? A: Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa tiada mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap lima SJKT yang memerlukan pembangunan semula segera? A: Kementerian Pendidikan komited mempercepatkan penyelesaian lima SJKT yang memerlukan pembangunan semula segera, termasuk SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang, dan SJKT Ladang Jeram, Pahang.
  • Q: Mengapa projek pembinaan SJKT Sungai Bakap tertangguh sejak tahun 2015? A: Projek pembinaan SJKT Sungai Bakap tertangguh sejak 2015 kerana walaupun Kerajaan Persekutuan ketika itu menyalurkan RM3.5 juta, tanggungjawab untuk mendapatkan dana tambahan diserahkan kepada pihak sekolah dan sumbangan awam, menyebabkan projek tidak dapat diteruskan.
  • Q: Apa yang menyebabkan murid-murid di SJKT Ladang Jeram terpaksa belajar di dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik darjah? A: Murid-murid di SJKT Ladang Jeram terpaksa belajar di dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik darjah kerana keadaan yang lebih mendesak berbanding dengan projek pembinaan SJKT Sungai Bakap yang tertangguh sejak 2015.

Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#sekolah vernakular
#SJKT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan