awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang bangunkan bandar khas untuk belia - Rahman Dahlan

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
25/09/2014
07:18 MYT
Kerajaan cadang bangunkan bandar khas untuk belia - Rahman Dahlan
RAHMAN (tengah) berkata kerajaan bercadang untuk membangunkan bandar belia yang menepati cita rasa golongan muda masa kini.
Kerajaan bercadang untuk membangunkan bandar belia yang menepati cita rasa golongan muda masa kini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan berkata, idea tersebut masih lagi di peringkat awal dan kini dalam perbincangan.
"Kita sasarkan untuk membangunkan perumahan mesra belia. Sasaran adalah di pinggir Lembah Klang ataupun sempadan Klang," kata beliau.
Rahman berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat kajian, bagaimana cita rasa kawasan kediaman yang dikehendaki golongan belia.
Pembeli belia, katanya, adalah yang berusia di antara 18 hingga 40 tahun dan beliau menjangkakan dua bandar belia dibangunkan di Semenanjung, manakala setiap satu di Sabah dan Sarawak.
"Kita akan bina rumah yang saiznya sederhana, kondusif dan menepati cita rasa belia," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan World Class Sustainable Cities’ (WCSC) di Kuala Lumpur hari ini.
Persidangan ini telah mengumpul lebih 500 peserta dari seluruh dunia dan diadakan untuk membincangkan aspek pembangunan bandar mampan bertaraf dunia.
Selain Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA), persidangan ini turut dianjurkan oleh Institut Perancang Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia.
Sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Topic Berkaitan
#Bandar Belia
#Belia
#Rahman Dahlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan