KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi agensi kawal selia berkaitan sedang meneroka aspek pengurusan sisa panel solar yang dijangka meningkat secara mendadak apabila tempoh hayat atau pengoperasian loji jana kuasa solar tamat.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata hal itu termasuk cadangan membangunkan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali panel solar secara khusus atau berpusat, serta menetapkan peluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility) terhadap komponen atau panel solar yang digunakan.
"Mengenai pemasangan sistem solar di pedalaman dan luar bandar pula, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyambut baik cadangan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah selaku kementerian yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan infrastruktur luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membangunkan Program Ramalan dan Amaran Banjir bagi lembangan sungai utama negara.
Beliau berkata program itu melibatkan hebahan amaran banjir yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dan dipanjangkan ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang bertindak sebagai penyelaras hebahan amaran kepada agensi penyelamat menerusi e-mel, portal, media cetak, media elektronik dan media sosial.
Selain itu katanya menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi, lebih lima juta hebahan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) amaran banjir telah dikeluarkan semasa operasi ramalan banjir Monsun Timur Laut 2023/2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Akmal Nasrullah berkata hal itu termasuk cadangan membangunkan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali panel solar secara khusus atau berpusat. -Gambar fail/YouTube Live Parlimen Malaysia
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Kerajaan cadang bina pusat pengurusan sisa panel solar
Kerajaan menerusi agensi kawal selia berkaitan sedang meneroka aspek pengurusan sisa panel solar yang dijangka meningkat secara mendadak apabila tempoh hayat atau pengoperasian loji jana kuasa solar t