awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cari saluran baharu eksport produk sarang burung walit ke China

Bernama
Bernama
28/10/2017
22:05 MYT
Kerajaan cari saluran baharu eksport produk sarang burung walit ke China
AHMAD SHABERY: Kita menghasilkan sekitar 400 tan metrik setahun untuk produk sarang burung walit, tetapi isunya adalah apabila sebahagian besarnya dieksport (ke China) daripada negara ketiga. -Gambar fail
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari saluran baru untuk meningkatkan eksport produk sarang burung walit ke China bagi menggandakan keuntungan pengusaha produk itu di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ketika ini sebahagian besar produk itu sama ada mentah, telah diproses atau separa proses dibawa masuk ke China melalui negara-negara lain.
"Kita menghasilkan sekitar 400 tan metrik setahun untuk produk sarang burung walit, tetapi isunya adalah apabila sebahagian besarnya dieksport (ke China) daripada negara ketiga.
"Sebagai contoh, produk kita dieksport ke Vietnam tetapi bukan semua produk itu digunakan oleh rakyat Vietnam, sebaliknya ia kemudian dieksport pula ke China," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum: Peluang Cabaran Masa Depan Industri Sarang Burung Walit Malaysia dan Asean Melalui Inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR), di sini pada Sabtu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan pihak lain yang mengaut keuntungan ke atas produk tersebut yang sepatutnya dinikmati oleh pengusaha di negara ini.
Ahmad Shabery berkata, berdasarkan hubungan baik antara Malaysia dan China, beliau yakin aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara dapat diperkukuhkan termasuk untuk produk sarang burung walit.
Mengulas mengenai peruntukkan RM200 juta untuk inisiatif Sumber Kekayaan Baharu bagi memperkasa sektor pertanian yang terkandung dalam Bajet 2018, Ahmad Shabery berkata industri burung walit mampu menjadi sebahagian daripada hasrat itu.
Katanya, menerusi peruntukan tersebut kementeriannya bersama peserta industri akan mengenal pasti aspek-aspek tertentu yang boleh dipertingkatkan untuk mengukuhkan industri itu.
"Banyak orang cadangkan untuk membina sarang burung, promosi, bantuan dari segi pembungkusan, mengadakan lebih banyak penyelidikan dan sebagainya untuk membantu meningkatkan kualiti produk kita.
"Tetapi sebenarnya ada pelbagai faktor termasuk alam sekitar yang menjadi penentu terhadap kualiti sarang burung walit ini, oleh itu kita akan lihat bagaimana untuk memanfatkan peruntukan besar kerajaan ini untuk menghasilkan kekayaan baru," katanya.
Mengulas kandungan Bajet 2018 mengenai bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan untuk pesawah, Ahmad Shabery berkata kementerian akan mengenal pasti kaedah bagaimana bantuan itu dapat disalurkan kepada hampir 200,000 pesawah seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#ASEAN
#bisnes
#China
#eksport
#OBOR
#perniagaan
#produk
#walit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan