awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy

Bernama
Bernama
05/02/2026
09:28 MYT
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Setiausaha Agung MAS Andy Low berkata sebanyak tiga individu menyatakan minat untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Akuatik Malaysia (MAS) dijangka mengumumkan pelantikan jurulatih baharu skuad renang negara selewat-lewatnya pada Mac ini.
Setiausaha Agung MAS Andy Low berkata sebanyak tiga individu menyatakan minat untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
"Kami sudah ada tiga calon untuk mengisi jawatan jurulatih skuad renang kebangsaan. Dua daripadanya adalah calon dari luar negara.
"Kami harap proses itu dapat diselesaikan segera dan paling lewat pada bulan tiga ini. Sebab tahun ini kita ada banyak kejohanan yang bakal disertai perenang negara," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, bekas jurulatih skuad renang kebangsaan Eric Anderson mencapai kata sepakat bersama MAS untuk tidak menyambung perkhidmatannya yang berakhir pada 31 Dis 2025.
Tugasan terakhir Anderson adalah pada Sukan SEA 2025 di Thailand yang menyaksikan skuad renang negara meraih dua emas, tiga perak dan lima gangsa.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding lapan pingat (satu emas, tiga perak, empat gangsa) di Phnom Penh 2023 serta tujuh pingat (satu emas, empat perak, dua gangsa) di Hanoi 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akuatik Malaysia
#MAS
#jurulatih baharu
#Skuad Renang negara
#Andy Low
#eric anderson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan