KUANTAN: Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata biarpun berdepan dengan kekangan kewangan, kerajaan akan cuba melaksanakannya segera mungkin secara berfasa, dijangka mulai tahun ini.
"Setiap pelajar satu tablet, itu hasrat mereka (Kementerian Pendidikan). Saya yakin kaedah baharu (pembelajaran menerusi peranti), ia tak dapat dielakkan (dan) saya merasakan pemberian tablet untuk para pelajar dan murid harus merata walaupun kita tahu kekangan kewangan merupakan faktor utama.
"Kita minta buat segera tapi secara berfasa. Sistem telah ada, kaedah pengajaran padagogi telah ada, cuma tablet sahaja kekangannya, jadi kalau dapat dibuat berfasa melalui tahun ini, saya fikir dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, majoriti akan dapat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Bernama
Thu May 16 2024
Ahmad Zahid berkata, biarpun berdepan dengan kekangan kewangan, kerajaan akan cuba melaksanakannya segera mungkin secara berfasa, dijangka mulai tahun ini. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.