awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa laksana Akta Kebebasan Maklumat, tingkat keyakinan rakyat - SLS

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
14/08/2022
08:41 MYT
Kerajaan digesa laksana Akta Kebebasan Maklumat, tingkat keyakinan rakyat - SLS
Roger Chin, akta itu perlu segera dibentang dan dikuatkuasakan di peringkat Persekutuan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
KOTA KINABALU: Malaysia perlu mengadaptasi dan melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat dalam usaha mengangkat hak demokrasi di negara ini.
Menurut Presiden Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) Roger Chin, akta itu perlu segera dibentang dan dikuatkuasakan di peringkat Persekutuan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Jelasnya, Akta Kebebasan Maklumat pada asasnya adalah hak demokratik diiktiraf di peringkat antarabangsa dan serantau yang diberikan kepada rakyat untuk meminta maklumat daripada kerajaan selain menjadi kewajiban agensi kerajaan menerbitkan maklumat itu secara rutin.
"Akses kepada maklumat itu sekali gus mencerminkan pihak berkuasa bertanggungjawab atas tindakan mereka.
"Akses kepada maklumat rasmi boleh meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai jika kerajaan dan agensi bersikap terbuka," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Roger menambah, Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang diguna pakai di negara ini jauh tersasar daripada tujuan asal undang-undang tersebut diperkenalkan oleh Inggeris suatu ketika dahulu.
"Ketidakseragaman Akta Rahsia Rasmi Malaysia dengan semangat asal perundangan Inggeris amat ketara. Di United Kingdom (UK), kesalahan pendedahan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 2 memerlukan pihak pendakwaan untuk membuktikan beberapa perkara tertentu.
"Sebaliknya, Akta Rahsia Rasmi Malaysia terpakai sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja yang terlibat sepanjang rantaian komunikasi maklumat sulit," katanya.
Tambah Roger, pelaksanaan akta itu akan menggalakkan situasi keterbukaan dan telus dalam kerajaan, menghalang salah guna kuasa dan rasuah selain memacu rasa tanggungjawab.
Topic Berkaitan
#Akta Kebebasan Maklumat
#Akta Rahsia Rasmi
#Roger Chin
#maklumat kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan