awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa selesaikan isu identiti Bajau Laut, kata pensyarah

Arfa Yunus
Arfa Yunus
18/09/2013
13:00 MYT
Kerajaan digesa selesaikan isu identiti Bajau Laut, kata pensyarah
Kerajaan digesa mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat etnik Bajau Laut di Sabah yang hidup dalam keadaan nomad mengenai kepentingan mendaftarkan pengenalan diri dan mendapatkan dokumen identiti yang sah.
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman memberitahu masyarakat Bajau Laut terutama yang tinggal di pulau-pulau di sekitar Semporna tidak mempunyai dokumen yang sah untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia walaupun sudah berada di Sabah untuk satu jangka masa yang lama.
“Dalam konteks negara kita mencapai negara maju ini, masih ada sebilangan besar masyarakat kita yang masih belum ada maklumat atau kesedaran untuk mendaftarkan anak serta mendapatkan dokumen yang sah.
"Kesedaran untuk mereka mendapatkan dokumen yang sah masih rendah atau langsung tiada. Itulah situasi masyarakat Bajau Laut sekarang.
“Sebilangan kecil daripada mereka masih lagi hidup dalam keadaan yang nomad. Jadi mereka tiada kesedaran.
“Jadi di sinilah para pemimpin perlu memainkan peranan penting. Memang hidup mereka kais pagi makan pagi tetapi jika ada kesedaran daripada pemimpin untuk membantu dan mengangkat martabat etnik ini, maka inilah perkara paling utama yang perlu dilakukan,” kata Dr Zaini kepada Astro AWANI.
sea gypsies, bajau laut, semporna
sea gypsies, bajau laut, semporna
Hidup masyarakat Bajau Laut seperti di 'syurga' namun ramai tanpa dokumen pengenalan diri
Masyarakat Bajau Laut yang kebanyakannya datang dari Filipina telah menetap di perairan Sabah sebelum pembentukan Malaysia 50 tahun lalu.
“Dari sudut budaya dan sejarah, masyarakat Bajau Laut akan berkata bahawa mereka bukan pendatang kerana mereka sudah berada di situ sebelum kewujudan pembentukan Malaysia lagi. Itu hujah mereka.
“Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang negeri, tanpa dokumen daripada pihak kerajaan, mereka bukan penduduk yang sah,” tambah Zaini.
Mengikut sejarah, masyarakat beragama Islam di Filipina ini berhijrah ke Sabah sewaktu gerakan penentangan pejuang Moro ke atas kerajaan Filipina pada tahun 1970-an yang membawa kepada peperangan.
Dr. Zaini berpendapat, dari segi budaya, masyarakat etnik Bajau Laut adalah rakyat Sabah namun mereka tidak mempunyai dokumen kerakyatan yang sah.
“Dalam konteks itu, ia adalah pertembungan antara undang-undang dan budaya. Dari segi undang-undang, jika seseorang itu tiada dokumen yang sah maka orang itu dianggap sebagai pendatang tanpa izin walaupun mereka lahir dan membesar di Malaysia. Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa mereka adalah rakyat yang tidak berdokumen,” kata beliau.
Tambah Dr Zaini, di ruang inilah pemimpin masyarakat Bajau perlu mengambil perhatian untuk menyelesaikan masalah.
“Masyarakat Bajau ada pemimpin mereka sendiri. Mereka patut ambil inisiatif untuk menjelaskan perkara ini dan membantu masyarakat mereka sendiri," katanya.
Beliau juga berharap kerajaan dapat memainkan peranan dalam soal kebajikan dan pembangunan kerana majoriti masyarakat Bajau Laut ini masih tinggal dalam perahu dan tidak ada penempatan yang tetap.
Topic Berkaitan
#bajau laut
#digesa
#dokumen
#Dr Zaini Othman
#kerajaan
#pengenalan diri
#Sabah
#sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan