KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas Tan Sri Tommy Thomas bagi menyiasat 15 kes pendakwaan yang digugurkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan buku terbitan bekas Peguam Negara itu.
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (PN-Baling) berkata, penubuhan RCI itu adalah bagi merungkai segala permasalahan yang melibatkan isu integriti serta melabelkan pemimpin UMNO sebagai kluster mahkamah dan pencuri.
"Saya tertarik dengan isu ini dan mohon penjelasan Parlimen berkaitan 15 kes yang digugurkan oleh Tan Sri Tommy Thomas semasa pemerintahan PH memerintah.
"Waktu itu (Ahli Parlimen) Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) merupakan timbalan menteri undang-undang. Mengapa ianya berlaku? Kenapa perlu ada double standard dengan kes-kes rasuah yang kita tahu melibatkan (bekas Ahli Parlimen) Pandan Rafizi Ramli dan (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng)?
"Saya berharap untuk merungkaikan semua masalah khususnya melibatkan integriti yang melabelkan UMNO sebagai kluster mahkamah, kami (UMNO) pencuri UMNO lah punca Barisan Nasional (BN) jahanam dan UMNO lah segala-galanya.
"Jadi saya berharap isu integriti ini dimuliakan, saya ingin mengesyorkan kerajaan mewujudkan satu RCI dengan segera bagi merungkaikan. Biar rakyat tahu, pendakwaan-pendawaan tersebut (melibatkan pemimpin Perikatan Nasional) siapakah dalang-dalang atau wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberi arahan untuk menahan dan menuduh dalam kalangan kami," katanya.
Menjelaskannya, Abdul Azeez berkata, RCI itu perlu bagi meneliti 15 kes yang digugurkan oleh bekas Peguam Negara itu dan juga buku yang diterbitkan beliau.
Terdahulu Abdul Azeez berkata, beliau tertarik dengan cadangan Mohamed Hanipa baru-baru ini yang meminta Peguam Negara meletak jawatan ekoran penguguran kes yang terlalu banyak termasuk membabitkan pemimpin PN termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Namun, menurut beliau, pemimpin PN tidak pula mempersoalkan pengguguran 15 kes di bawah pentadbiran kerajaan PH, malah tidak meminta Tommy untuk meletakkan jawatan seperti yang dilakukan oleh gabungan itu pada ketika ini.
"Jadi satu RCI perlu diwujudkan, kita mesti berani kerana kita benar," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 04 2021
Menurut Abdul Azeez, pemimpin PN tidak mempersoalkan penguguran 15 kes di bawah kerajaan PH malah tidak meminta Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan seperti yang dilakukan oleh gabungan pembangkang itu pada ketika ini. - Gambar fail BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.