KUALA LUMPUR: Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada penternak ayam tempatan dimuktamadkan segera bagi memastikan mereka kekal berdaya saing.
Presiden BRO Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata ini susulan penetapan harga maksimum runcit bagi ayam standard yang dikurangkan sebanyak 20 sen menjadikan harga siling ayam pada RM8.90.
"Penternak ayam kecil-kecilan akan susah bila harga ayam turun. Kalau diberi AP (Permit Kelulusan) kepada MYDIN atau sesiapa untuk beli ayam import, harapnya kos kita lagi rendah.
"Tetapi (kita) takut penternak kecil tempatan mungkin tidak dapat menampung kos. Saya harap kerajaan akan bagi subsidi muktamad kepada mereka, sekurang-kurangnya mereka boleh terus bertahan... kerana sekarang ini harga makanan ayam mahal sikit, nak cari pekerja susah dan kos logistik yang mahal," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau memaklumkan BRO menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Jan lepas yang menyelesaikan isu bekalan serta pengeluaran makanan terutama ayam dan telur ayam.
"BRO turut menzahirkan ucapan penghargaan atas keputusan kerajaan membuka permit import ayam kepada semua pemegang AP dan juga pembukaan AP kepada pengusaha pasar raya besar," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, kerajaan menerusi NACCOL memutuskan harga runcit maksimum ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan dan harga telur ayam untuk semua gred kekal seperti harga kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia semasa bermula dari 5 Feb hingga 5 Jun.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Presiden BRO Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata ini susulan penetapan harga maksimum runcit bagi ayam standard yang dikurangkan sebanyak 20 sen menjadikan harga siling ayam pada RM8.90. - Gambar fail
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan diharap segera muktamadkan pemberian subsidi penternak ayam
Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada penternak ayam tempatan dimuktamadkan segera.