KUALA LUMPUR:Kerajaan dimohon melanjutkan tempoh yang diberikan kepada majikan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja asing mereka.
Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, tempoh yang ditetapkan sehingga 1 Januari 2021 itu tidak mencukupi bagi majikan membuat saringan pekerja asing mereka.
Malah tambahnya, situasi sukar juga dihadapi oleh majikan apabila klinik panel tidak mempunyai kit ujian yang mencukupi.
"Pertamanya adalah sama ada wajar majikan dikenakan tindakan jika mereka gagal menghantar pekerja asing mendapatkan saringan, kerana kita tahu bahawa untuk dapatkan saringan bukan perkara mudah, harus melalui beberapa prosedur sebelum pekerja dihantar ke doktor ditauliahkan untuk saringan berkenaan.
"Saya difahamkan pada masa ini jika majikan diminta dengan serta merta menghantar pekerja mereka untuk saringan, sudah pasti akan berlaku keadaan dimana akan timbul keadaan rushing mendapatkan janji temu berkenaan. Ini sudah tentu akan menjejaskan operasi syarikat menggunakan pekerja asing," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.
Jelasnya lagi, prosedur saringan juga perlu dijalankan di syarikat berkenaan daripada di kawasan klinik.
"Sebenarnya keadaan yang berlaku sebelum ini mengundang banyak masalah, kerana tidak jelas bagaimana saringan berkenaan boleh dilakukan dan bila banyak majikan telah cuba pergi ke doktor panel, didapati bahawa mereka mengatakan tidak dapat test kit untuk melakukan RTK test berkenaan.
"Sekarang ini, kita hendaklah membuat sesuatu pastikan test kit itu diberikan kepada doktor panel yang telah dilantik dan syarikat membuat janji temu dengan panel berkenaan. Sudah tentu lebih elok lagi, jika panel tersebut dapat datang ke tempat kerja majikan berkenaan kerana untuk kita menghantar pekerja ke klinik berkenaan," katanya.
Shamsuddin turut meluahkan kebimbangan sekiranya klinik tidak dapat menampung kehadiran ramai pekerja asing.
"Dan juga kita harus memberikan masa yang sesuai untuk kita menjalankan ujian berkenaan, kerana pada masa ini kita telah diberikan arahan dari skarang sehinggalah hujung tahun ini untuk membuat ujian berkenaan," katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan majikan yang gagal memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan COVID-19, akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti bermula 1 Januari 2021.
Fareez Azman
Fri Dec 25 2020

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata tempoh yang ditetapkan sehingga 1 Januari 2021 itu tidak mencukupi bagi majikan membuat saringan pekerja asing mereka. - Gambar fail

Legenda Liverpool St John meninggal dunia pada usia 82 tahun
St John merupakan salah sorang pemain bintang ketika era Bill Shankly di Anfield.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

COVID-19: Gotong-royong bina semula sektor pelancongan
Orang ramai disaran bergotong-royong dalam membina semula industri pelancongan negara.

Pemandu pacuan empat roda rempuh penyelenggara jalan sehingga maut dicari
Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan selepas dipercayai dirempuh daripada belakang dengan kendaraan itu.

AWANI Ringkas: Lebih 53,000 sudah divaksin, Sarawak paling tinggi | KPM rangka penyelarasan semula jadual peperiksaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua
Unit di bawah konglomerat Genting Bhd itu dilapor meminta pekerjanya melakukan potongan gaji sementara di antara 15 dan 20 peratus.

Jangan takut adakan sidang Parlimen dalam masa terdekat - Noor Hariri
Kerajaan digesa untuk segera mengadakan persidangan Parlimen pada masa terdekat bagi mengangkat suara-suara rakyat dalam medium yang sepatutnya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sekiranya parlimen tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya ada media sosial sebagai medan luahan suara hati rakyat.

Jutawan Jepun cari kru kapal dalam 'misi menyeronokkan' ke bulan
Maezawa berkata tawaran itu dibuka kepada mereka yang berminat sekali gus mahu merealisasikan misi pertama yang dilakukan secara komersial.

Pirlo yakin Juve mampu cabar Scudetto selepas Ronaldo pahat sejarah
Ronaldo menyumbat masuk gol ketiga Juventus selepas Alvaro Morata dan Federico Chiesa meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan dalam babak kedua.

Pencemaran Sungai: Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap JAS
Kerajaan Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap daripada JAS berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil.

Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan
Daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.

432 individu ingkar SOP PKP ditahan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, 414 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

Aktiviti pelancongan di negeri PKPB dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti premis
Kebenaran itu diberikan termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat 'edutainment', taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang.

Kedai buku, car boot sale boleh beroperasi - Ismail Sabri
Dua bentuk perniagaan itu boleh dibuka di negeri yang menguatkuasakan PKP, PKPB dan PKPP.

PKP 2.0 di Selangor, KL, Johor, P. Pinang disambung hingga 4 Mac
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Feb, akan disambung sehingga 3 Mac depan.

PKP: Gagal patuh penjarakan fizikal kesalahan terbanyak - Ismail Sabri
Seramai 253 dari 877 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri 10 Feb
Seramai 10,321 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 43 didapati positif COVID-19.

PKPD di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 hingga 24 Feb
Pelaksanaan PKPD di Kampung Teluk itu dibuat setelah KKM melaporkan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.

Kelab malam, pub dan pusat karaoke kekal tidak dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri
Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.

PKP 2.0: Baki sektor peruncitan dibenar kembali beroperasi - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan kerajaan memutuskan kebenaran itu dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil.