JITRA: Kerajaan diminta mempercepat proses memberi kelulusan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melakukan pelaburan bagi memastikan pendepositnya mendapat pulangan dividen yang baik.
Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata perbadanan itu yang juga agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi memerlukan keputusan pantas kerajaan berkaitan perkara itu bagi mengelakkannya terlepas tawaran menarik daripada pengurus dana.
"Cabaran yang kita hadapi iaitu birokrasi dalam kerajaan di peringkat yang lebih tinggi daripada PTPTN menyebabkan kadangkala kita terlepas tawaran pulangan yang tinggi oleh pengurus dana kita.
"Katakanlah kalau dia tawarkan kadar pulangan 4.75 peratus tetapi kalau ambil masa sampai lima atau enam bulan (untuk diluluskan), maka suasana ekonomi semasa sudah berubah, jadi komitmen 4.75 peratus itu mungkin sudah tidak ada," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Kelab Media Elit Kedah di sini malam tadi.
Beliau berkata sekiranya kelulusan lambat diberikan, PTPTN mungkin terpaksa menerima tawaran pulangan lebih rendah sekali gus boleh menjejaskan kadar dividen yang akan diterima pendepositnya.
Wan Saiful berkata setiap cadangan pelaburan PTPTN yang dikemukakan kepada kerajaan telah dirangka dengan teliti termasuk mengenal pasti institusi pelaburan yang mampu mendatangkan pulangan tinggi kepada agensi itu.
Menurutnya adalah amat penting untuk PTPTN mengambil peluang yang lebih menguntungkan bagi memastikan pendeposit mendapat pulangan yang baik dan kekal menabung dengan perbadanan itu.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini PTPTN mencatatkan prestasi yang baik dalam memberikan pulangan dividen kepada pendeposit di bawah dua produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.
"Komitmen saya adalah untuk memastikan semua pendeposit diberikan pulangan yang sewajarnya. Sebelum ini dividen kita sekitar empat peratus. Ia berkurang sedikit dalam pengumuman yang saya buat pada awal tahun ini (tiga peratus), tetapi itu adalah disebabkan oleh situasi pasaran dan keadaan ekonomi semasa," katanya.
Wan Saiful berkata PTPTN akan terus mempromosi produk simpanannya terutama di kawasan luar bandar dan universiti bagi menggalakkan lebih ramai mendeposit di bawah SSPN dan mendapat manfaat daripadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

WAN SAIFUL: Cabaran yang kita hadapi iaitu birokrasi dalam kerajaan di peringkat yang lebih tinggi daripada PTPTN. - Foto BERNAMA

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

AWANI Ringkas: Insiden di plaza tol LDP

Penganalisis ramal OPR boleh cecah 3.0 peratus pada 2023
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi.

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Zahid dalang ketidakstabilan, baik bersara: Wan Saiful
Ahmad Zahid juga dalang di sebalik tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dakwa Wan Saiful.

Segerakan konsultasi Akta Pendanaan Politik rentas parti
Pendanaan politik tanpa peraturan dan kawalan akan mewujudkan risiko tinggi berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Penubuhan GRS pastikan Sabah diterajui pemimpin faham situasi politik tempatan - Bersatu
Penubuhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat bertepatan bagi memastikan Sabah diterajui pemimpin yang arif dengan situasi politik tempatan di negeri ini.

Kerajaan diminta percepat kelulusan pelaburan PTPTN - Wan Saiful
Sekiranya kelulusan lambat diberikan, PTPTN mungkin terpaksa menerima tawaran pulangan lebih rendah.

Keikhlasan, sikap rendah diri Muhyiddin tonjol pendirian sebenar Bersatu - Wan Saiful
Ia menggambarkan pendirian sebenar parti berkenaan berhubung sebarang kerjasama menjelang PRU15.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta
Pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.

PTPTN umum dividen tiga peratus Simpan SSPN
Ia melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM206.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta pendeposit Simpan SSPN.

PRN Johor: "Lepas kacau Muhyiddin, kacau Tok Guru pula" - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, kesabaran PN ada hadnya, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk mendedahkan kepincangan pemimpin UMNO dan BN

PRN Johor: Dakwa UMNO mahu merompak, Ahmad Maslan anggap Wan Saiful tak bertanggungjawab
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua penerangan parti politik seperti Wan Saiful.

PRN Johor: "Hasni menteri besar yang gagal", dakwa Wan Saiful
Wan Saiful mendakwa, kenyataan Hasni itu menandakan Menteri Besar Johor itu gagal mentadbir dan mengemudi kerajaan negeri.