Kerajaan disarankan meneruskan dan menambah baik beberapa insentif yang diberikan sebelum ini seperti pemberian moratorium sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan semula.

Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong turut mencadangkan supaya bantuan subsidi gaji diteruskan dan dinaikkan selain kos ultiliti serta lesen perniagaan dikecualikan.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempertimbangkan cadangan melaksanakan PKP penuh di Selangor susulan peningkatan kadar jangkitan COVID-19. 

Menurut Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong, beliau memohon agar Kerajaan Persekutuan mengadakan moratorium pada kadar faedah supaya dilaksanakan oleh pihak bank.

"Walaupun moratorium sekarang adalah bersasar dan ramai yang mendapat moratorium tersebut tetapi kadar faedah masih berjalan. Moratorium tersebut hanya memanjangkan pinjaman. Kita juga mohon supaya kadar faedah ini dihapuskan sama sekali, itu yang pertama.

"Yang kedua, kita meminta agar bantuan subsidi gaji diteruskan dan juga dinaikkan. Dan yang ketiga, kita memohon agar kos-kos kadar utiliti seperti lesen perniagaan dikecualikan pada masa ini dan juga kos peti air dan elektrik agar diturunkan kepada 30 peratus.


PKP di Selangor | Adakah ekonomi bersedia jika Selangor dikenakan PKP penuh?

"Dan yang terakhir, apabila pasaran dibuka kelak, kita memohon, bukan sahaja (apabila) dibuka kelak tetapi sekarang, satu SOP proaktif diamalkan dan juga dibawa oleh para peniaga dan tenaga persekutuan.

"Kita melihat bahawa walaupun SOP telah diperketatkan tetapi masih ramai yang tidak mengikut SOP tersebut. Jadi harus (beri pendekatan) terhadap SOP, agar pihak swasta memainkan peranan yang lebih aktif membantu pihak kerajaan, supaya SOP ini diikut oleh semua lapisan masyarakat.

Tambah beliau, dari sudut perniagaan pula, pengusaha dilihat beralih kepada perniagaan secara dalam talian sejak pelaksanaan PKP tahun lepas.

"Pada suku pertama tahun ini, memang kita dapat kenaikan pembelian secara dalam talian melalui 200 mata. Ramai juga yang beralih kepada perniagaan digital. Tetapi kita juga nampak bahawa 'saiz bakul' iaitu nilai yang mereka belanjakan adalah tidak tinggi. Kita dapat lihat (nilainya) dari RM50 hingga RM80 sahaja," kata beliau dalam program AWANI Pagi pada Selasa.

Jelas beliau, walaupun pembelian melalui platform digital meningkat tetapi 'saiz bakul' nampak menurun kerana faktor aliran tunai yang lembab di pasara pada masa ini.


Digital | Trend pembelian secara dalam talian