awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan diseru ambil langkah tegas tangani kezaliman terhadap Palestin - Mufti Pahang

Bernama
Bernama
07/04/2025
21:30 MYT
Kerajaan diseru ambil langkah tegas tangani kezaliman terhadap Palestin - Mufti Pahang
Asmadi menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan bersatu dalam menyatakan solidariti terhadap isu keganasan di Palestin serta tidak membiarkan mereka berjuang bersendirian. - Gambar Facebook Asmadi Mohamed Naim
KUANTAN: Kerajaan Malaysia diseru untuk mengambil langkah tegas dan strategik dalam menangani isu kezaliman terhadap Palestin serta memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam, khususnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan mengusulkan resolusi melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari penyelesaian mampan bagi konflik ini.
Mufti Pahang Prof Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata serangan terhadap rakyat Palestin bukan sahaja merupakan satu bentuk kezaliman yang melampaui batas tetapi juga pelanggaran nyata terhadap hak asasi manusia.
Beliau menegaskan tindakan kejam tersebut turut mencabul undang-undang antarabangsa seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.
"Serangan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis bukan sahaja membedil kem pelarian dan penempatan rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata tetapi juga menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang amat dahsyat.
"Tindakan tidak berperikemanusiaan ini merupakan bukti nyata bahawa Israel terus-menerus melakukan jenayah perang dan penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin secara sistematik, yang telah disahkan oleh ICJ dalam perbicaraan Afrika Selatan lawan Israel," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, Asmadi menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan bersatu dalam menyatakan solidariti terhadap isu keganasan di Palestin serta tidak membiarkan mereka berjuang bersendirian.
"Marilah kita bersatu untuk menangkis penjajahan rejim Zionis Israel yang telah menyebabkan rakyat Palestin hidup dalam penderitaan selama ini. Walaupun tindakan kita sekecil mana sekalipun, ia akan memberikan impak besar terhadap perjuangan mereka.
"Kita sebagai umat Islam tidak boleh membiarkan mereka berjuang sendirian, seperti yang sering kita lihat di kaca televisyen dan dada akhbar, dengan anak-anak kecil yang begitu berani mempertahankan tanah air mereka demi kesucian bumi barakah iaitu Baitulmaqdis," katanya.
Beliau turut mengajak umat Islam untuk terus mendoakan keselamatan, kemenangan dan kesejahteraan rakyat Palestin serta keselamatan bagi semua umat Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Palestin
#ICJ
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan