awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dukacita tindakan segelintir pihak tafsir undang-undang ikut selera sendiri - Takiyuddin

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
10:11 MYT
Kerajaan dukacita tindakan segelintir pihak tafsir undang-undang ikut selera sendiri - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, tindakan berkenaan seolah-olah untuk meraih populariti dalam kalangan rakyat. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menzahirkan rasa sedih terhadap tindakan sesetengah pihak yang cuba membuat tafsiran tentang undang-undang mengikut selera sendiri, di sebalik usaha keras kerajaan memerangi COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan berkenaan seolah-olah untuk meraih populariti dalam kalangan rakyat.
Selain itu beliau menegaskan Proklamasi Darurat dilaksanakan mengikut peruntukan Perkara 150(1), selepas Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman awam.
“Langkah ini jelas merupakan usaha yang serius dan berfokus kerajaan dalam rangka memperkasakan usaha-usaha membasmi wabak penyakit berjangkit COVID-19 ini termasuklah menggubal dengan segera Ordinan-ordinan yang perlu semasa tempoh darurat.
“Kerajaan mengharapkan langkah kerajaan yang semata-mata menumpukan kepada aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial ini difahami sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat demi kebaikan individu, masyarakat, komuniti dan negara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Sebagai Menteri Undang-Undang, Takiyuddin turut menyeru Majlis Peguam Malaysia serta semua pengamal undang-undang untuk bertindak mengikut lunas undang-undang yang termaktub, termasuk memberikan kefahaman serta pencerahan tentang undang-undang kepada masyarakat.
BACA: Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir
Tambah Takiyuddin, beliau yakin Majlis Peguam tetap mendokong prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang negara serta akan terus menentang usaha-usaha memesongkan kehendak undang-undang terutamanya ketika negara sedang berada dalam kadaan kritikal dan getir dengan penularan berterusan wabak COVID-19.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Ordinan Darurat hanyalah terpakai ketika negara berada di dalam tempoh Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos 2021 sahaja.
Hari ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, memasuki Istana Negara untuk menghantar permohonan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon penamatan Proklamasi Darurat.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#Proklamasi Darurat
#COVID-19
#Parlimen
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan