Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar

Anwar meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen TMM 2026. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI komited untuk keharmonian dalam kepelbagaian demi kemajuan negara.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut tahun baharu dengan keyakinan penuh, menekankan kerjasama dengan rakyat.
- Pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) bertujuan memacu sektor pelancongan ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa.
Dalam hantaran sama, Anwar turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Kempen TMM 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.
Festival kira detik yang disertai Anwar, menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


