Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga

Anggota pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan
menyelamat seorang lagi mangsa lemas di Pantai Sura Tengah. - Gambar Bernama
DUNGUN: Mangsa lemas, Nor Baizura Shafie sering mengajak ahli keluarganya berkelah di Pantai Sura Tengah, dekat sini setiap kali pulang bercuti ke kampung.
Ringkasan AI
- Nor Baizura Shafie, 39, lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun ketika berkelah bersama keluarga.
- 15 ahli keluarga, termasuk tiga anak, mandi di tepi pantai yang tenang sebelum kejadian tragik berlaku.
- Operasi mencari dan menyelamat masih berlangsung untuk mencari abang mangsa yang masih hilang, Mohd Fazir, 37.
"Saya hanya menyedari kakak lemas selepas melihat tangannya terkapai-kapai ketika dihanyut ombak.
"Saya jerit meminta abang saya Mohd Fazir membantu dan dia bergegas berenang membantu kakak. Abang sudah dapat capai tangan kakak, namun mereka terpisah akibat dipukul ombak dan kedua-duanya dilihat tenggelam timbul sebelum dibawa arus," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Dungun di sini hari ini.
Nur Mashitah berkata seorang daripada ahli keluarganya yang berada di tepi pantai menghubungi polis untuk meminta bantuan kecemasan.
Katanya, pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas itu berjaya menemukan mayat Nor Baizura kira-kira 200 meter dari lokasi kakaknya lemas.
"Sementara itu, abang pula masih hilang dan gagal dijumpai hingga lewat petang ini," katanya dan menambah jenazah Nor Baizura akan dikebumikan selepas selesai bedah siasat di Hospital Dungun.
Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Fazir, 37, masih lagi diteruskan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


