Kerajaan sentiasa menekankan pendidikan berkualiti dalam teras agenda pendidikan negara bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam semua aspek, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam belanjawan setiap tahun sama ada pendidikan awal atau pendidikan tinggi bagi melahirkan pelajar yang berjaya sekali gus membentuk pemimpin masa depan.
"Mengapa kerajaan perlu melabur dengan jumlah yang cukup tinggi? Ertinya kerajaan ada fokus dari segi modal insan, kerajaan mahu lihat Malaysia menjadi sebuah negara maju. Insya-Allah pada TN50 (Transformasi Nasional 2050) sasaran kerajaan sebanyak 60 peratus tenaga kerja kita memiliki diploma atau ijazah pertama,' katanya.
Timbalan perdana menteri berkata demikian pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.
Hadir sama, isteri timbalan perdana menteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid Razzaly dan Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Mentor UTHM Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Ahmad Zahid juga berkata kebanyakan pemimpin di negara ini juga lahir daripada kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk dengan baik.
Beliau berkata ada pihak yang menuding jari bahawa sistem pendidikan negara ini salah, namun pada hakikatnya mereka yang menuding jari itu perlu melihat kesalahan mereka sendiri.
"Pemimpin harus dibentuk dan bukan dilahirkan, Kami tidak dilahirkan sebagai pemimpin tetapi dibentuk sebagai pemimpin kerana sistem pendidikan negara ini yang baik. Mana mungkin saya berdiri di hadapan tuan-tuan hari ini jika tanpa sistem pendidikan," katanya.
Katanya mahasiswa ketika ini amat beruntung kerana kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek fizikal dan kerohanian bagi memastikan mereka berjaya sekali gus memenuhi sektor pekerjaan pada masa akan datang.
Kepada mahasiswa UTHM, Ahmad Zahid menasihati mereka supaya menggunakan peluang melanjutkan pelajaran di universiti itu dengan belajar bersungguh-sungguh.
"Peluang hanya datang sekali sahaja seumur hidup bagi menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi, bagi menjadi insan yang kamil dan aset kepada negara dan bukannya liabiliti," katanya yang turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan kampus UTHM di Tanjong Laboh, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018
Ahmad Zahid berucap pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda UTHM, di Parit Raja hari ini. --fotoBERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Malaysia perlu pembaharuan untuk pastikan orang ramai sertai proses belanjawan - IDEAS
Malaysia memerlukan pembaharuan institusi untuk memastikan penyertaan awam yang mampan, pengawasan dan amalan ketelusan dalam proses belanjawan.
Pembubaran Parlimen 1999 boleh berulang jika kurang sokongan kepada kerajaan - Penganalisis
Pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berulang jika kerajaan tidak mempunyai sokongan terhadap Belanjawan 2021.
Usulkan undi percaya, pasti Belanjawan akan lulus - Johari
Johari berpandangan bahawa kebanyakan ahli Parlimen mempertikaikan keyakinan kerajaan dan bukan semata-mata mempolitikkan belanjawan.
DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.
Belanjawan 2021: Selangor harap aeroangkasa, jalur lebar jadi tumpuan
Kerajaan Selangor berharap sektor aeroangkasa, infrastruktur jalur lebar dan pembinaan hospital baharu antara tumpuan Belanjawan 2021.
Muda senaraikan 10 cadangan untuk Belanjawan 2021
Lanjutkan moratorium sehingga Jun 2021, bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan dan skim 1 Keluarga 1 Laptop, antara cadangan disuarakan.
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada minggu depan disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.
Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
Kemerosotan KDNK kebanyakannya disebabkan kepada sekatan perdagangan komoditi terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh eksport.
Kuwait dijangka tidak mampu bayar gaji penjawat awam selepas November
Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait bakal menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November depan.
Belanjawan 2021 akan perkukuh belia - Tengku Zafrul
Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021.