awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM

Bernama
Bernama
28/04/2023
12:32 MYT
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Perdana Menteri menggesa SUARAM agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.
Justeru, Perdana Menteri menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini.
"Kita berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dilakukan dengan (percubaan untuk meratifikasi) ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).
"Kami komited dalam memperjuang isu hak asasi manusia tetapi anda (SUARAM) perlu berikan masa (untuk pembaharuan)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh di sini hari ini.
Semalam, SUARAM melontarkan kritikan terhadap Anwar dengan menyatakan bahawa beliau mungkin dilabel sebagai 'Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk' jika tidak berusaha melaksanakan perubahan dan pindaan berkaitan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUARAM
#hak asasi
#agenda pembaharuan
#ICERD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan