Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 untuk bacaan kali kedua dan ketiga semasa sesi persidangan Parlimen sekarang.
Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini.
"Ibu bapa, penjaga, dan mana-mana orang dewasa harus diberi kesedaran bahawa pindaan undang-undang itu akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas mereka yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.
"Pindaan yang dicadangkan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001, bertujuan menyediakan perlindungan lebih baik bagi kanak-kanak, mengenakan denda sehingga RM50,000 dan penjara maksimum 20 tahun bagi mereka yang disabitkan kerana mendera kanak-kanak.
Di bawah Akta sekarang, mereka yang disabitkan kesalahan kerana mendera kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada Disember tahun lepas.
Daftar pelaku jenayah
Pindaan itu termasuk cadangan pendaftaran pelaku jenayah terhadap kanak-kanak dan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak untuk menasihat dan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai isu-isu berkaitan penjagaan, pemeliharaan, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Lee mencadangkan undang-undang harus dapat menangani secukupnya isu-isu berkaitan pornografi kanak-kanak memandangkan eksploitasi kanak-kanak seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi meliputi membuat, memiliki dan menyebarkan bahan-bahan lucah kanak-kanak juga ditafsirkan sebagai penderaan kanak-kanak.
Pindaan yang dicadangkan kepada Akta Kanak-Kanak 2001 adalah selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) iaitu Protokol Pilihan Mengenai Hak Kanak-kanak bagi Pemerdagangan Kanak-kanak, Pelacuran Kanak-kanak dan Pornografi kanak-kanak; dan Protokol Pilihan bagi Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Bersenjata yang telah ditandatangani oleh Malaysia.
Sokong mansuh sebatan
Sementara itu, beliau berkata MCPF menyokong pemansuhan sebatan sebagai satu bentuk hukuman untuk kanak-kanak melakukan jenayah.
Pada masa ini hukuman sebat ke atas kanak-kanak bawah umur yang disabitkan kesalahan jenayah tertakluk di bawah budi bicara mahkamah.
Selain itu, memandangkan pindaan akan memastikan pesalah bawah umur menjalani pemulihan melalui khidmat masyarakat, kaunseling dan program berorientasikan keluarga, Lee berkata khidmat kaunseling untuk kanak-kanak perlu ditingkatkan.
"Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu melatih lebih ramai pegawai kaunseling untuk sekolah supaya kanak-kanak menerima bimbingan dan nasihat yang relevan. Ini penting untuk menangani isu-isu dan tingkah laku negatif di kalangan kanak-kanak dan menghalang mereka daripada terjebak dalam perbuatan jenayah," katanya.
Bernama
Mon Mar 21 2016
Lee berkata pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak di negara ini. - Gambar fail
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menzalimi kanak-kanak, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.
Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.
KPWKM kaji semula Akta Kanak-Kanak 2001
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 yang kali terakhir dipinda pada 2016.