JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli di sekolah.
Baginda bertitah Akta Kanak-Kanak juga perlu diperkukuh supaya tindakan lebih proaktif dan agresif boleh diambil.
Titah baginda peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu diperkemas untuk perkhidmatan yang lebih berkesan, memandangkan jabatan itu pada masa kini amat terbeban dengan aduan keluarga yang memerlukan bantuan termasuk ketika bencana seperti banjir atau kebakaran rumah.
"Mungkin sebuah jabatan kerajaan khas boleh ditubuhkan khusus untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli di sekolah," titah baginda pada pertemuan dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di Istana Polo, Pasir Pelangi, di sini hari ini, yang dimuat naik di Facebook rasmi The Royal Johor.
Pada pertemuan itu, Permaisuri Johor turut menzahirkan harapan agar semua pihak berkaitan mengambil langkah untuk menambah baik sistem perlindungan kanak-kanak.
Dalam masa yang sama, Raja Zarith Sofiah turut terkenang kes membabitkan kekejaman terhadap kanak-kanak seperti Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani pada 2004 dan Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) pada 2012.
"Kes Allahyarham Lokman ini (kanak-kanak berusia empat tahun yang meninggal dunia akibat didera) mengingatkan saya kepada kepiluan dan kesedihan tragedi lepas.
"Di manakah kelemahan dalam sistem kita sehingga penderaan yang begitu dahsyat seperti kes Allahyarham Lokman boleh berlaku? Mungkin ada pelbagai faktor, di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa bagi memperbaiki situasi ini," titah Permaisuri Johor.
Baginda bertitah mungkin ramai dalam kalangan rakyat yang masih tidak menyedari saluran sepatutnya mereka gunakan dalam kes melibatkan kanak-kanak.
Lokman meninggal dunia pada 26 Dis selepas empat hari dirawat di Hospital Sultan Ismail, dipercayai akibat didera ketika dijaga kakak kandungnya kerana kedua ibu bapa mereka menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Baginda bertitah mungkin ramai dalam kalangan rakyat yang masih tidak menyedari saluran sepatutnya mereka gunakan dalam kes melibatkan kanak-kanak. - Gambar fail
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.
Permaisuri Johor berkenan ziarah kubur kanak-kanak maut didera
Raja Zarith Sofiah menghabiskan masa kira-kira sejam di tanah perkuburan itu.
Selepas tiga tahun tangguh Majlis Konvokesyen, UTM raikan 8,956 graduan
Selepas tiga tahun terpaksa menangguhkan sesi Majlis Konvokesyen akibat pendemik COVID-19, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-64 (MK64).
Lindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual - Permaisuri Johor
Baginda bertitah kanak-kanak yang mengalami penderaan itu tidak harus didiskriminasi sebaliknya, perlu diberi sokongan dan bantuan.
Kemangkatan Tunku Abdul Jalil: Johor berkabung
Semua bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari susulan kemangkatan, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah, JB.