awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin bekalan beras tempatan stabil dalam tempoh sebulan - Mohamad Sabu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/09/2023
05:35 MYT
Kerajaan jamin bekalan beras tempatan stabil dalam tempoh sebulan - Mohamad Sabu
Mohamad berkata, pihak pemborong dan pengilang juga memberikan kerjasama untuk mencukupkan bekalan beras dalam pasaran. - Gambar fail
KEPALA BATAS: Kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ketika ini, bekalan beras tempatan masih lagi mencukupi dan pengguna diingatkan tidak melakukan pembelian panik.
Jelasnya, masalah kenaikan harga beras adalah melibatkan bekalan beras import dan harga beras tempatan masih dalam kawalan .
Katanya, pihak pemborong dan pengilang juga memberikan kerjasama untuk mencukupkan bekalan beras dalam pasaran.
Katanya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) juga sedang menuai 20 peratus padinya bagi menampung keperluan rakyat .
"Dalam masa sebulan itu kita akan cuba membuat intervensi di mana berlaku kekurangan kita tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, sekiranya berlaku kekurangan bekalan beras di sesuatu kawasan, pihaknya melaksanakan langkah intervensi seperti yang dilakukan semasa kekurangan ayam dan telur sebelum ini.
"Kita lakukan intervensi dalam ayam dan telur. Alhamdulillah ayam dan telur telah kembali stabil. Kalau ada masalah pun masalah di 'poket' (kawasan) tertentu dan bukan secara keseluruhan.
"Kita harap keadaan beras ini kita boleh kawal harga yang tempatan, tapi beras import memanglah mengikut harga pasaran," katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, kerajaan turut mengambil langkah agresif menangani masalah manipulasi beras dengan pembabitan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran jualan beras putih tempatan dan Jualan Agro Madani serta Peladang Outlet (PO) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena, di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Rabu.
Menurutnya, PO Pokok Sena menjadi outlet pertama yang dibuka kepada orang ramai membeli beras serta barangan asas dengan harga berpatutan.
Pada program itu, sebanyak 22 gerai jualan barang keperluan dibuka termasuk penjualan 2,000 kampit beras tempatan 10 kilogram (kg) berharga RM26 kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#bekalan beras
#Mohamad Sabu
#bekalan stabil
#KPKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan