KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditetapkan kelak tidak akan membebankan pengguna.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata dakwaan Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail bahawa tambang ECRL sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan adalah bersifat spekulatif dan tidak berasas.
Beliau berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berjalan di peringkat kerajaan bagi menetapkan kadar tambang penumpang ECRL untuk setara berbanding kadar tambang yang dikenakan oleh perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Barat Semenanjung.
"Sepertimana yang diketahui, kadar tambang ETS adalah amat berpatutan dan lebih rendah berbanding kadar tiket pesawat bagi laluan dan destinasi di Pantai Barat Semenanjung. Penetapan kadar tambang ECRL adalah berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Secara dasarnya, kadar tambang yang ditetapkan kelak akan memastikan ECRL terus berdaya saing dengan harga berpatutan dan dalam masa sama berupaya menanggung kos pengoperasian serta penyelenggaraan. Apa yang paling penting, ia tidak akan membebankan para pengguna," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.
Semalam, media melaporkan Azan dipetik sebagai berkata tambang ECRL dijangka mahal ekoran kos pembinaannya yang tinggi dan menggesa kerajaan meneliti aspek kemampuan rakyat untuk membayar tambang perkhidmatan projek prasarana pengangkutan itu yang dijangka siap pada penghujung 2026.
Kos Projek ECRL sepanjang 665 kilometer melibatkan 59 terowong dianggarkan mencecah RM50.27 bilion itu merangkumi kerja-kerja pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Mengulas lanjut, Wee berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengenakan tambang tinggi bagi perkhidmatan penumpang untuk memperoleh semua kos pembinaan ECRL memandangkan ia adalah projek untuk rakyat yang sudah pasti tidak membebankan.
Malah katanya menerusi perkhidmatan pengangkutan kargo bagi kegunaan industri, perkilangan dan pembuatan dijangka menjana lebih 70 peratus daripada sumber pendapatan ECRL apabila ia bakal beroperasi pada tahun 2027 kelak.
Beliau berkata struktur tambang ECRL perlu mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum ia beroperasi selaras dengan keperluan APAD dan Lesen Operator Keretapi di bawah bidang kuasa APAD sebagai pengawal selia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Wee berkata, dakwaan bahawa tambang ECRL sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan adalah bersifat spekulatif dan tidak berasas. - Gambar fail/Facebook/Wee Ka Siong
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.