RAUB:Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ini merupakan sumbangan penting industri sawit bagi sektor perladangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam situasi pandemik Covid-19 masih belum pulih di dalam negara.
"Harga sawit mungkin meningkat lebih tinggi kerana permintaan negara luar terus meningkat, ia juga disebabkan stok kita berada di bawah 2 juta tan iaitu lebih kurang 1.6 juta tan.
"Cukai luar biasa atau durian runtuh yang dikenakan ke atas hasil jualan sawit pada paras harga sekarang akan membolehkan negara mengutip cukai dalam anggaran RM348 juta.
"Jika harganya terus stabil pada paras RM3,300 setan ke atas sehingga 2021 kerajaan mungkin memperolehi RM500 juta atau lebih lagi," katanya pada sidang media selepas Program Kempen MSPO Pekebun Kecil di sini hari ini.
Ahmad Jazlan berkata cukai luar biasa sebanyak tiga peratus hanya dikenakan apabila harga sawit mencecah RM2,500 setan ke atas bagi Semenanjung manakala Sabah serta Sarawak dikenakan cukai 1.5 peratus apabila komoditi itu mencecah RM3,000 setan ke atas.
Dalam pada itu, beliau meminta agar lebih ramai pekebun kecil persendirian bukan sepenuh masa tampil mendaftar untuk pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memudahkan mereka memasarkan hasil sawit ke luar negara.
"Pekebun kecil di negara ini dianggarkan berjumlah 481,375 orang manakala pekebun kecil persendirian ialah seramai 248,182 orang dan mereka ini mengusahakan ladang seluas 959,444 hektar.
"Kita mendapati setakat ini lebih 30 peratus dalam kalangan pekebun kecil yang sudah disijilkan dan ramai yang belum memilikinya terdiri daripada pekebun kecil persendirian.
"Sijil MSPO amat penting dan menjadi penanda aras bagi memenuhi permintaan di peringkat antarabangsa yang mana ia memberi keyakinan kepada negara pengimport bahawa minyak itu selamat digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020
Ahmad Jazlan meminta agar lebih ramai pekebun kecil persendirian bukan sepenuh masa tampil mendaftar untuk pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit
Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.