awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor bincang isi segera doktor, jururawat yang dipindahkan ke HPG

Bernama
Bernama
10/07/2025
14:45 MYT
Kerajaan Johor bincang isi segera doktor, jururawat yang dipindahkan ke HPG
Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pengisian segera petugas kesihatan melibatkan sebahagian doktor dan jururawat di negeri itu yang akan dipindahkan ke Hospital Pasir Gudang (HPG), di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata perpindahan berkenaan adalah membabitkan doktor dan jururawat dari hospital awam seluruh negeri itu.
"Saya akan ke KKM pada esok untuk bincangkan perkara yang telah dibincangkan beberapa hari ini, khususnya kekurangan petugas di hospital kita.
"Ini supaya jawatan kekosongan yang telah dipindahkan nanti (ke HPG) boleh diganti dengan kadar segera," katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ling berkata sebahagian daripada mereka dipindahkan bagi memastikan HPG berupaya untuk beroperasi mengikut jadual pada 1 Ogos ini.
"Lazimnya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan tawarkan kepada mereka yang mungkin tinggal dekat dengan hospital berkenaan.
"... atau mereka sendiri yang memilih untuk balik ke tempat kediaman untuk berkhidmat. Ini supaya memastikan hospital itu boleh beroperasi mengikut jadual," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dalam merangka strategi bagi menyelesaikan isu itu yang melibatkan rancangan jangka sederhana dan panjang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dipetik sebagai berkata HPG akan beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos ini dengan melibatkan bidang perkhidmatan mustahak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#petugas kesihatan
#tempat kediaman
#hospital awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan