KUALA TERENGGANU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub menyangkal dakwaan mengenai kenaikan harga barang yang kerap dimainkan pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.
"Barangan seperti gula dan tepung sememangnya tidak naik (harga)... kerana ia dikawal penuh pihak kerajaan... Apa-apa pun barang pilihan rakyat - itu kita tidak kawal, sebab terpulang kepada rakyat untuk memilih.
"Kerajaan kita memang mendepani isu kos sara hidup rakyat, tetapi kerajaan tidak boleh mengawal kos gaya hidup rakyat. Itu yang saya nak tegaskan, barang-barang yang jadi asas hidup rakyat setakat ini semuanya dikawal penuh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir program ceramah Jelajah Perpaduan MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di Rumah Komuniti Teratak Desa, Gong Tok Nasek di sini, malam tadi.
Salahuddin berkata menerusi inisiatif Payung Rahmah yang menyasarkan golongan B40 dan miskin tegar khususnya menerusi Jualan Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah, ia memberi pilihan kepada rakyat untuk membuat pembelian mengikut kemampuan.
"... semalam diumumkan SARa (Sumbangan Asas Rahmah), rakyat boleh beli barang asas di beberapa pasar raya pilihan dengan harga Rahmah. Jadi, kita telah buat semua ini dan Alhamdulillah golongan sasaran kita ialah B40 dan miskin tegar.
"Bagi mana-mana rakyat ingin memilih barangan mereka, kerajaan serahkan kepada rakyat yang mampu untuk membeli barangan pilihan mereka tetapi barang-barang makanan bersubsidi ini dikawal penuh oleh kerajaan yang ada pada hari ini," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar akan menerima SARa berjumlah RM600 mulai Isnin lepas yang membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas tanpa tunai di 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.
Sementara itu, Salahuddin berkata pembahagian kerusi di antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi mendepani PRN secara prinsipnya telah selesai dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selain Terengganu, lima lagi negeri yang akan menghadapi PRN 12 Ogos ini ialah Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Salahuddin turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang. - Foto fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.