Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan penyebaran kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan ia tidak lebih untuk memburukkan imej kerajaan negeri yang dipimpinnya.
"Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ini.
"Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus)," katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan buat balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Seramai 109 orang balu, 75 anak yatim dan 36 anak istimewa menerima bungkusan hamper makanan dan duit raya yang disumbangkan Pejabat Menteri Besar Kedah.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco pada 14 Jun ini.
"Kita akan ikut apa yang diumumkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan ikut RM500 dan juga pesara RM250. Apa pun perincian, kita akan umum lepas mesyuarat exco akan datang dan pembayaran akan dibuat sebelum Syawal.
"Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.4 juta bagi menyediakan bantuan hari Raya kepada tok mudim kampung, guru Al-Quran, tukang mandi jenazah, dan bidan kampung," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan meraikan mereka dalam satu majlis berbuka puasa dan setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM200 seorang.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah meminta pihak polis agar meningkakan pemantauan dan kawalan terrhadap penjualan dan aktiviti bermain mercun agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
Ahmad Bashah menyampaikan sumbangan kepada Nurul Qhairina Salim (dua, kiri) yang ditemani bapanya Koperal Salim Baisun (kiri) ketika Program Ihya Ramadan di Dewan Utama IPK Kedah hari ini. --fotoBERNAMA
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.