awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited bangun industri tenaga boleh perbaharui melalui suntikan RM5 bilion - Ahmad Maslan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/04/2023
07:52 MYT
Kerajaan komited bangun industri tenaga boleh perbaharui melalui suntikan RM5 bilion - Ahmad Maslan
Ahmad (empat, kiri) ketika Lawatan Kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim dekat sini pada Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
TANJUNG MALIM: Kerajaan komited untuk membantu pembangunan dan perkembangan industri tenaga yang boleh diperbaharui melalui suntikan dana berjumlah RM5 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan projek yang menggunakan teknologi hijau atau amalan rendah karbon.
Katanya, sebanyak RM3 bilion lagi diperuntukkan bagi pembiayaan projek lestari seperti Stesen Janakuasa Hidro Kecil dan Kenderaan Elektrik (EV) sehingga tahun 2025 di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).
Menurutnya, semua pihak digalakkan untuk menyokong usaha berkenaan selain negara harus menjadi lebih proaktif dengan menyediakan lebih banyak peluang dan penyertaan daripada sektor swasta.
“Mungkin selepas ini Kementerian Kewangan boleh meningkatkan peruntukan dana... tidak hanya pada RM5 bilion sahaja. Mungkin ia perlu ditambah bagi projek-projek kelestarian alam seperti projek jana kuasa elektrik melalui hidro,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan Lawatan Kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim dekat sini pada Khamis.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Pengarah Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC) Dzulkifly Abdul Khalid.
Selain di Sungai Slim, PHREC turut telah membangunkan dua lagi Stesen Janakuasa Hidroelektrik di Perak iaitu di Sungai Selama dan Sungai Kerian yang kesemuanya menghasilkan 29 megawatt (MW) tenaga elektrik.
Dalam pada itu Ahmad berkata projek pembinaan loji kuasa hidroelektrik kecil itu bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar malah dapat menjana pendapatan kepada negeri.
“Projek pembangunan stesen janakuasa hidroelektrik bukan sahaja meningkatkan usaha untuk memelihara alam sekitar, malah ia juga dapat menjana pendapatan tenaga hijau untuk Malaysia.
“Saya difahamkan bahawa keseluruhan 300 MW stesen-stesen janakuasa hidroelektrik di negeri Perak dan Pahang dijangka menjana perolehan sebanyak RM12 bilion dalam tempoh 21 tahun perjanjian pembelian tenaga tenaga boleh diperbaharui (REPPA),” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#Malaysia
#Suntikan Dana
#RM5 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan