awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited pastikan ekosistem kesihatan terbaik untuk semua - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
27/11/2023
13:00 MYT
Kerajaan komited pastikan ekosistem kesihatan terbaik untuk semua - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata isu kesihatan merupakan isu yang dekat dengan rakyat. - Gambar Bernama
CHUKAI: Kerajaan Perpaduan sentiasa komited memastikan ekosistem kesihatan di seluruh pelosok negara dalam keadaan terbaik bagi menambah baik akses kesihatan rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia termasuk di Terengganu, dengan ketika ini pelbagai fasiliti kesihatan awam telah dan sedang dinaik taraf.
"Kerajaan juga bersedia memastikan kemudahan kesihatan dipertingkat pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk di Air Putih, dekat sini, bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Air Putih.
Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata isu kesihatan merupakan isu yang dekat dengan rakyat, justeru beliau mengambil peluang sempena lawatannya ke kawasan itu menerangkan kepada rakyat mengenai usaha yang telah dan sedang dilakukan Kerajaan Perpaduan.
Menurut Dr Zaliha, PRK Kemaman merupakan peluang terbaik bagi pengundi di kawasan itu mengangkat seorang wakil rakyat yang sebaris dengan Kerajaan Perpaduan bagi lebih memudahkan perbincangan keperluan mereka dilakukan dan penyampaian bantuan kerajaan pusat.
"Alangkah baiknya jika calon (BN) kita menang (pada PRK Kemaman) dan lebih mudah kerja-kerja kita dalam usaha memberikan yang terbaik dari sudut perkhidmatan kesihatan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang berdepan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS pada PRK itu berkata sekiranya diberi mandat Sabtu ini, beliau akan memastikan kebajikan rakyat Kemamam akan diutamakan, termasuk aspek kesihatan.
"Hari ini kita lihat bagaimana keprihatinan menteri (Dr Zaliha) sendiri datang dan melihat masalah yang kita beritahu kepada dia, Alhamdulillah. Saya yakin jika mandat diberikan kepada kita, ada ruang untuk baik pulih, membantu dan berikan terbaik kepada penduduk di sini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekosistem kesihatan
#kerajaan pusat
#penyampaian bantuan
#peluang terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan