awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited perkasa agenda Bumiputera selaras Perkara 153 - Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2021
05:35 MYT
Kerajaan komited perkasa agenda Bumiputera selaras Perkara 153 - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu telah diarahkan untuk mewujudkan unit memperkasakan agenda Bumiputera di setiap kementerian. - Gambar BERNAMA
BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hari ini komited untuk terus memperkasakan agenda Bumiputera.
Dalam usaha menunaikan komitmen itu, Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu telah diarahkan untuk mewujudkan unit memperkasakan agenda Bumiputera di setiap kementerian.
Bahkan, kata Ismail Sabri, kerajaan juga bersetuju untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai perancangan khusus memperkasakan agenda kaum itu.
"Agenda Bumiputera akan menjadi teras kerajaan hari ini dan perkara ini tidak boleh dipersoalkan kerana ia merupakan satu perkara yang terkandung di dalam Perkara 153 Persekutuan Tanah Melayu iaitu membangunkan ataupun memperkasakan agenda Bumiputera yang telah pun ditulis dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di sini, pada Sabtu.
Tambah Ismail, walaupun ada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan peruntukan besar semasa pembentangan Bajet 2022, namun kerajaan, tegas beliau, memberi jaminan bahawa hak semua pihak tetap dipelihara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#Agenda Bumiputera
#Perkara 153
#Perlembagaan Persekutuan
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan