Kerajaan komited menyelesaikan isu pelajar yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014, dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan yakin isu yang mendapat pelbagai reaksi termasuk pelajar, ibu bapa dan pemimpin politik itu akan dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Kabinet minggu ini untuk mencari penyelesaian munasabah.
"Kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu mereka...lebih kurang 18,222 pelajar yang tidak berjaya ditempatkan di mana-mana universiti, kita telah membuka laluan bagi mereka untuk membuat rayuan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Terdahulu, beliau dan rakan sejawat dari Namibia Dr David R Namwandi menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Namibia Students Financial Assistance Fund.
MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Musa dan Duta Namibia ke Malaysia Gebhard B. Kandanga.
Dengan MoA itu, kumpulan pertama seramai 70 pelajar Namibia akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) selama empat tahun di UPSI mulai September ini.
Dalam pada itu, Kamalanathan berkata Malaysia berhasrat menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi peringkat antarabangsa dengan menyasarkan 150,000 pelajar asing pada 2015 dan 200,000 pelajar menjelang 2020 di IPT tempatan.
Bagi mencapai sasaran tersebut, beliau menggesa semua IPT di negara ini meningkatkan kualiti dalam semua aspek termasuk pendidikan, pengurusan, dan tajaan untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sekali gus menarik minat pelajar luar negara.
Katanya, IPT tempatan juga perlu memperbanyakkan usaha sama dengan negara luar bagi membangunkan program tertentu untuk menarik minat pelajar antarabangsa.
"Perkara ini penting kerana Malaysia akan menjadi tumpuan pendidikan di mata dunia selain mampu meningkatkan semangat pelajar tempatan untuk menyaingi pelajar antarabangsa," katanya.
Bernama
Mon Jul 15 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.
Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.