Kerajaan akan kekal komited dalam menangani gejala rasuah dalam kalangan kakitangan Kerajaan supaya isu ketirisan dan pecah amanah dapat ditangani.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata jika ia berjaya dilaksanakan maka tahap persepsi negatif rasuah juga dapat dipulihkan.
"Perkara ini adalah menjadi satu dapatan penemuan yang perlu kita jayakan supaya lebih ramai tampil untuk melaporkan apa yang berlaku supaya persepsi itu dapat kita kurangkan.
"Kerajaan juga bersungguh-sungguh meningkatkan tadbir urus tertinggi terutama dalam kalangan dan menetapkan nilai integriti tertinggi dalam kalangan penjawat awam supaya ketirisan dan tidak amanah yang berlaku dapat dikurangkan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, satu kajian menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia enggan melaporkan jenayah rasuah kerana melihat tidak ada tindakan proaktif susulan laporan yang dibuat.
"Dalam satu kajian baharu yang akan dikeluarkan, 50 peratus rakyat tidak mahu melaporkan (jenayah radish). Statistik usia dan jantina juga kita ada. Mereka tidak mahu laporkan kerana mereka rasa tidak ada tindakan yang diambil.
"Apa yang kita hendak maklumkan adalah laporkan jika ada maklumat berkenaan rasuah. 15 peratus pula takut untuk membuat laporan kerana takut dirinya disiasat. Kita tidak akan siasat orang yang melaporkan.
"Kemudian, 12 peratus tidak tahu mana hendak dilaporkan. Bermakna kita kena tolong bantulah. Beritahu mana hendak dilaporkan dan 10 peratus tidak tahu berkenaan usaha yang sedang dilakukan ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Putatan, Makin @ Marcus Mojigoh (BN) yang bertanyakan berkenaan keengganan rakyat Malaysia melaporkan gejala rasuah.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 13 2017
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata jika usaha membanteras gejala rasuah berjaya dilaksanakan maka tahap persepsi negatif rasuah juga dapat dipulihkan. - Foto Bernama
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jaminan
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jamin
Tindakan Syed Saddiq simpan, bahagi wang Armada timbul inferens niat jahat - Hakim
Mahkamah Tinggi menyifatkan tindakan Syed Saddiq menyimpan dan membahagikan wang Armada tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti, menimbulkan satu inferens niat jahat.
Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas lebih RM200,000
Seorang bekas jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah barang kemas bernilai lebih RM200,000.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Pecah amanah wang jual kura-kura, bekas pembantu kedai dipenjara
Seorang bekas pembantu kedai di sebuah syarikat perniagaan haiwan eksotik dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya BOD SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.
Bekas ejen perumahan didakwa pecah amanah duit penyewa rumah RM2,117
Seorang bekas ejen perumahan didakwa atas pertuduhan pecah amanah wang RM2,117 milik penyewa rumah bagi kegunaan sendiri, dua bulan lepas.
Bekas pembantu jualan mengaku tidak bersalah 65 pertuduhan pecah amanah
Seorang bekas pembantu jualan di sebuah kedai pajak gadai mengaku tidak bersalah atas 65 pertuduhan melakukan pecah amanah.
Presiden MPN, profesor didakwa pecah amanah RM271,000
Presiden MPN dan seorang lagi profesor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan pecah amanah dan bersubahat.
Bekas penolong pengurus bistro didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000
Seorang bekas penolong pengurus sebuah bistro mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000, tujuh tahun lepas.