awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lancar aplikasi pemetaan capaian internet untuk pengguna pilih telco

Bernama
Bernama
12/08/2021
08:00 MYT
Kerajaan lancar aplikasi pemetaan capaian internet untuk pengguna pilih telco
Dengan aplikasi tersebut, pengguna boleh menilai sendiri capaian internet yang ditawarkan syarikat telekomunikasi sedia ada di negara ini. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan aplikasi Pemetaan Capaian Internet dalam masa terdekat sebagai panduan kepada pengguna untuk memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang menyediakan perkhidmatan Internet terbaik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata aplikasi tersebut menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan berkualiti daripada syarikat telekomunikasi sedia ada di negara ini.
Menurutnya, pembangunan aplikasi itu adalah hasil dapatan daripada mesyuarat berkala yang diadakan bersama telco yang sering membincangkan tentang Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
"Justeru, kita akan lancarkan aplikasi 'Internet Mapping' yang membolehkan pengguna mengenal pasti telco mana yang menyediakan perkhidmatan capaian Internet terbaik," katanya pada sidang media selepas program Turun Padang Secara Maya bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) hari ini.
Program itu turut dihadiri lapan ketua jabatan di bawah CSM yang membentangkan laporan gerak kerja Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) sejak dilancarkan pada 23 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Internet
#pemetaan capaian internet
#kerajaan
#pengguna
#syarikat telekomunikasi
#telco
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan