awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026

Bernama
Bernama
20/12/2024
16:52 MYT
Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Awang Alik Jeman berkata lanjutan pengecualian visa itu diputuskan selari dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan serta persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Terdahulu, kerajaan turut memberikan lanjutan pengecualian visa sehingga tarikh yang sama bagi warganegara China," katanya menerusi satu kenyataan malam ini.
Beliau menjelaskan bahawa pengecualian visa ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Liberalisasi Visa yang bertujuan untuk meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan negara.
Pengecualian ini melibatkan tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India yang telah berkuat kuasa sejak 1 Disember tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lanjut pengecualian visa
#rakyat india
#pelancong
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan