awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lantik 24 pakar rujuk deradikalisasi, antikeganasan

Bernama
Bernama
13/12/2015
12:14 MYT
Kerajaan lantik 24 pakar rujuk deradikalisasi, antikeganasan
NUR JAZLAN: Program-program bersifat 'counter narrative' atau deradikalisasi perlu dititikberatkan kerajaan dalam membendung gejala radikalisme daripada berleluasa.
Kerajaan melantik 24 pakar rujuk deradikalisasi dan antikeganasan tempatan untuk membantu menangani isu radikalisme dan sikap militan secara holistik di peringkat nasional dan global.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia dilakukan di sebalik kebimbangan berhubung kewujudan 123 rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS dan rangkaiannya di Syria dan Iraq.
Beliau menarik perhatian bahawa 66 daripada mereka dikenal pasti berada di Syria untuk berjuang bersama IS.
Berucap merasmikan 'Seminar Negara Islam : Jihad vs Militan' di sini hari ini, beliau berkata: "Penglibatan rakyat Malaysia dalam jumlah yang besar ini perlu ditangani dengan teliti dan sistematik.
"Selain aspek 'disruptive operation', program-program bersifat 'counter narrative' atau deradikalisasi perlu dititikberatkan kerajaan dalam membendung gejala radikalisme daripada berleluasa.
Nur Jazlan seterusnya berkata rakyat negara ini harus menitikberatkan cabang jihad lain meliputi bidang ilmu, ibadat, ekonomi, perundangan Islam dan akhlak yang mampu meningkatkan kualiti dan sumbangan umat Islam di mata dunia.
Seminar sehari anjuran Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri itu dihadiri 500 peserta merangkumi penjawat awam dan mahasiswa tempatan.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Nur Jazlan berkata Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang dibentang di Dewan Rakyat pada 1 Disember lepas membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu berkaitan keselamatan negara.
"Sebagai contoh, jika berlaku apa-apa di KLCC yang perlukan tindakan cepat, undang-undang itu dapat digunakan untuk mendeklarasikan kawasan berkenaan sebagai kawasan keselamatan supaya tindakan anggota keselamatan dapat disepadukan dengan pantas," katanya. Beliau menegaskan rang undang-undang itu tidak harus disalah erti sebagai satu tindakan yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata Kementerian Dalam Negeri akan menganjurkan "Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Faham Pelampau Ganas" pada 25 dan 26 Jan 2016.
Pakar dan wakil dari 19 negara dijemput untuk berkongsi pengalaman serta bertukar idea dalam menangani masalah radikalisme dan sikap militan.
Topic Berkaitan
#antikeganasan
#militan IS
#Nur Jazlan Mohamed
#pakar rujuk
#radikalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan