Kabinet telah meluluskan penubuhan pasukan pemantau bagi projek bernilai RM500 juta ke atas sebagai tanda kerajaan serius dalam soal integriti dan pembanterasan rasuah tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata selain penubuhan pasukan itu, usaha meningkatkan keberkesanan Biro Pengaduan Awam (BPA) turut dilaksanakan antaranya melatih semula pegawai dan meletak pegawai-pegawai terbaik dalam agensi itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyambut baik idea penubuhan pasukan pemantau projek bernilai lebih RM500 juta kerana yakin kemungkinan berlaku ketirisan yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan serta dipersoalkan oleh rakyat.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.