awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus peruntukan RM1 juta untuk keperluan mendesak di HSJ - PM Anwar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/03/2024
09:09 MYT
Kerajaan lulus peruntukan RM1 juta untuk keperluan mendesak di HSJ - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pesakit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), hari ini. - Foto Bernama
SEBERANG JAYA: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf serta menambah keperluan yang mendesak di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika mengadakan lawatan ke hospital berkenaan tengah hari tadi.
"Saya kebetulan ke Sungai Petani singgah sekejap pantau keadaan-keadaan apa yang mendesak yang diperlukan, projek tambahan yang terlambat, mudah-mudahan akan siap sebelum akhir tahun dan beberapa keperluan perkakasan peralatan yang perlu disegerakan saya luluskan, beberapa permintaan yang segera, RM1 juta ringgit, yang lain itu akan di proses," katanya.
Menurut Anwar lagi, antara keperluan mendesak di hospital berkenaan termasuklah mesin ventilator, tangki air, kemudahan ultrasound dan bilik susuan.
Pada masa yang sama, beliau turut memberi jaminan bahawa projek pembinaan bangunan tambahan di hospital berkenaan yang mengalami kelewatan sejak beberapa tahun lalu akan disiapkan pada penghujung tahun ini.
Katanya, projek bernilai hampir setengah bilion ringgit itu dijangka dapat disiapkan pada bulan Disember depan.
Projek yang bermula pada tahun 2016 dengan kos RM368 juta itu dijadualkan siap pada tahun 2020 namun mengalami kelewatan atas beberapa faktor termasuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri sebelum itu tiba di Hospital Seberang Jaya kira-kira jam 1 tengah hari dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah hospital, Datuk Saiful Azlan Shariff.
Beliau kemudian melawat ke wad Ortopedik Pembedahan dan Jabatan Kecemasan.
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Anwar Ibrahim
#luluskan peruntukan
#Hospital Seberang Jaya
#keperluan mendesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan