awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI iltizam pastikan suara, hak dan peluang Orang Asal terjamin - PM

Bernama
Bernama
09/08/2025
11:30 MYT
Kerajaan MADANI iltizam pastikan suara, hak dan peluang Orang Asal terjamin - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI teguh beriltizam bagi memastikan suara, hak dan peluang untuk Orang Asal akan terus terjamin. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI teguh beriltizam bagi memastikan suara, hak dan peluang untuk Orang Asal akan terus terjamin.
Beliau berkata ini bagi memastikan mereka kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.
"Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama," kata Anwar dalam catatan di Facebook.
Hari Orang Asal 2025 bertemakan Pertahankan Bumi, Pulihkan Tanah, Hijauan Semula Masa Depan - Melalui Kearifan Orang Asal dan ia disambut setiap tahun sebagai penghormatan kepada identiti, budaya, sumbangan serta hak Orang Asal yang menjadi sebahagian penting daripada kepelbagaian bangsa dan budaya Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#iltizam
#suara dan hak Orang Asal terjamin
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan