awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China

Bernama
Bernama
31/05/2024
02:30 MYT
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Tun Abdul Razak Hussein berjabat tangan bersama Perdana Menteri China Zhou Enlai selepas menandatangani perjanjian perhubungan diplomatik antara kedua negara pada 31 Mei 1974. - Foto X/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.
"Malaysia kekal menjadi sebuah negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara untuk merapatkan jurang ini.
"Walaupun terdapat sebab untuk mengelakkannya - jurang perbezaan ideologi kami, perbezaan yang nampak tidak selari - pemimpin kami berani untuk berfikir di luar kebiasaan dan bertindak berani. Langkah ini telah berkembang menjadi satu perkongsian yang hebat dan bermanfaat.
"Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau ini," katanya dalam hantaran di Facebook.
Anwar berkata beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#Anwar Ibrahim
#hubungan diplomatik
#hubungan penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan