awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Madani sediakan 1 juta buku percuma di hujung jari

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2025
01:00 MYT
Kerajaan Madani sediakan 1 juta buku percuma di hujung jari
Pada 2005, purata rakyat hanya membaca dua buku setahun. Bagaimanapun, 10 tahun kemudian jumlah itu melonjak kepada 15 buku dan pada 2023, meningkat lagi kepada 24 buku setahun. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan platform digital u-Pustaka menawarkan lebih sejuta bahan bacaan dalam talian secara percuma untuk rakyat.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata ia bertujuan memastikan ketercapaian bahan bacaan kepada seluruh lapisan masyarakat, sekali gus membolehkan masyarakat mengakses pelbagai bahan digital termasuk e-buku, e-majalah, e-surat khabar, buku audio, e-pembelajaran dan e-jurnal pada bila-bila masa.
Katanya, sehingga kini u-Pustaka merekodkan 2,985,170 rekod bibliografi dengan 1,014,356 judul koleksi digital selain menyediakan 22 pangkalan data digital untuk kegunaan umum.
“Antara pangkalan data tersebut termasuk Overdrive, Alkem Digital Library, Mason Crest, Emerald eBook, JGate, Lawnet, Odilo dan MyGuru, menjadikan u-Pustaka sebagai gedung ilmu maya komprehensif dan inklusif.
“Ia juga mudah diakses semua rakyat tanpa mengira latar belakang selain memperkukuh perpaduan nasional melalui perkongsian ilmu dan kefahaman antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya,” katanya.
Sebagai rekod, berdasarkan Kajian Profil Membaca, terdapat peningkatan ketara dalam kadar bacaan rakyat Malaysia sejak dua dekad lalu.
Pada 2005, purata rakyat hanya membaca dua buku setahun. Bagaimanapun, 10 tahun kemudian jumlah itu melonjak kepada 15 buku dan pada 2023, meningkat lagi kepada 24 buku setahun.
Daripada jumlah berkenaan, purata 16 buku dibaca dalam bentuk fizikal manakala lapan lagi secara dalam talian, mencerminkan keseimbangan antara minat membaca konvensional dan digital dalam kalangan masyarakat.
Kajian terkini menunjukkan 88.6 peratus rakyat adalah pembaca aktif, sekali gus membuktikan keberkesanan pelbagai dasar dan inisiatif kerajaan dalam memperkukuh budaya ilmu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buku percuma
#buku dalam talian
#Aaron Ago Dagang
#perpustakaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan